~risiko alpa imunisasi anak~


Apa perasaan anda jika diberitahu penyakit anak anda disebabkan kelalaian anda mematuhi jadual imunisasi? Jika penyakit itu boleh dirawat, pasti anda sanggup bergolok bergadai, tetapi bagaimana seandainya ia mengakibatkan kecacatan kekal atau kematian?

Kelalaian kita sebagai ibu bapa mematuhi jadual imunisasi sebenarnya mencabul atau menafikan hak anak untuk membesar dengan sihat.

Sebaik dilahirkan, semua bayi mempunyai hak untuk mendapat suntikan perlindungan penyakit atau imunisasi.

Hak ini sangat penting untuk dipenuhi dan diberikan keutamaan dengan adanya jadual imunisasi yang disediakan Kementerian Kesihatan.

Malangnya, akibat kesibukan kerja, ada ibu bapa alpa untuk mematuhi jadual imunisasi berkenaan tanpa mengetahui akibat buruk yang bakal ditempuhi si kecil.

Sistem pertahanan badan bayi sangat lemah kerana ia belum terbentuk sepenuhnya. Ini menyebabkan mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan pelbagai penyakit.

Sedihnya, ada antara penyakit ini boleh menyebabkan kecacatan kekal atau lebih buruk, mengakibatkan kematian.

Nama penyakit seperti polio, batuk kering, Hepatitis A dan B, difteria, batuk kokol (pertusis), kancing gigi (tetanus), Haemophilus Influenza (Hib jenis B iaitu jangkitan saluran pernafasan), beguk, demam campak, demam kepialu, meningitis (radang pada selaput otak dan saraf tunjang) dan cacar air adalah penyakit yang boleh dielakkan melalui imunisasi.

Walaupun program imunisasi dimulakan sejak berpuluh tahun lalu, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2001 menganggarkan 34 juta kanak-kanak di seluruh dunia tidak mendapat imunisasi lengkap sepanjang hayat mereka.

Daripada jumlah itu, dianggarkan 2.3 juta kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun kerana tidak mendapat perlindungan.

Carta WHO itu menunjukkan ramai kanak-kanak maut akibat demam campak, Hepatitis B, Haemophilus Influenza, batuk kokol, kancing gigi, demam kuning, difteria dan polio.

Ini menyedihkan kerana kematian akibat penyakit di atas boleh dielakkan.

Kebanyakan kanak-kanak malang itu tinggal di negara membangun yang tidak mempunyai kemudahan mendapatkan vaksin baru, terutama untuk serangan penyakit Hepatitis B dan Hib atau tidak mendapat dos pelalian penuh.

Pengarah dan Ketua Jabatan Virologi, Pusat Kajian Penyakit Berjangkit Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR), Dr Nor Shahidah Khairullah, ketika sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (GSK) berkata, imunisasi adalah asas kesihatan masyarakat umum kerana tanpanya, semua program kesihatan susulan tidak berguna.

“Ia kaedah perlindungan paling mudah, berkesan, lebih murah dan selamat. Malah, perkembangan teknologi membolehkan penyelidik mencipta vaksin baru yang dapat melindungi kanak-kanak daripada jangkitan pelbagai jenis penyakit berbahaya,” katanya.

Mengapa perlu ada jadual imunisasi? Suntikan imunisasi diberikan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu kerana badan bayi belum dapat menghasilkan antibodi mereka sendiri.

Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan.

Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria. Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga dilengahkan sehingga beberapa bulan, keseluruhan proses imunisasi bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan.

Dr Nor Shahidah berkata, pemberian vaksin atau pelalian bukan hanya dapat mengurangkan belanja rawatan, tetapi turut melindungi keluarga daripada penyakit kerana jangkitan penyakit sangat mudah tersebar melalui kanak-kanak.

“Kanak-kanak hari ini beruntung, perkembangan teknologi memberi peluang penyelidik menghasilkan banyak vaksin baru yang membolehkan ia diperoleh pada harga jauh lebih murah dan selamat berbanding dulu. Pada masa sama, ia dapat memberikan perlindungan kepada lebih banyak bakteria dan virus penyebab penyakit berbahaya,” katanya.

Imunisasi wajib untuk kanak-kanak di Malaysia bermula sejak mereka dilahirkan. Ia dimulakan dengan pemberian suntikan vaksin BCG (untuk batuk kering), Hepatitis B, batuk kokol (pertusis) dan demam campak (rujuk jadual).

Antara penyakit yang dilindungi melalui suntikan imunisasi ialah:

  • Batuk kering (melalui vaksin BCG) — Ia disebabkan bakteria Mycobacterium tuberculosis yang boleh merosakkan paru-paru, menyebabkan batuk kering dan pendarahan paru-paru. Ia merebak melalui udara.
  • Hepatitis B — Penyakit hati kronik yang menyebabkan kerosakan hati dan barah, akibat jangkitan virus Hepatitis B. Merebak melalui hubungan seks, kehamilan (daripada ibu kepada anak) dan di kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum. Individu yang lahir sebelum 1989 dinasihatkan mendapatkan vaksin Hepatitis B kerana ia hanya diperkenalkan pada 1989.
  • Difteria (vaksin DPT) — Disebabkan bakteria Corynebackterium diphteriae. Ini sejenis penyakit kerongkong yang menyebabkan pesakit sesak nafas dan merebak melalui lendir ketika batuk atau bersin.
  • Pertutis (batuk kokol, dielak dengan vaksin DPT) — Penyakit menyerupai demam batuk selesema.
  • Tetanus (kancing gigi, dielak dengan vaksin DPT) — Akibat jangkitan bakteria Clostridium tetani yang menyebabkan otot di leher dan dagu tegang.
  • Polio (vaksin polio) — Disebabkan virus polio. Akibatnya kanak-kanak mengalami kelumpuhan kerana toksin daripada bakteria melumpuhkan sistem otot dan urat saraf.
  • Hib B (dielak dengan vaksin Hib) — Ia menyerupai penyakit demam batuk selesema, tetapi bakteria boleh merebak ke paru-paru (menyebabkan pneumonia) dan otak (mengakibatkan meningitis). Ia juga boleh mengakibatkan pendarahan dalam kulit dan ruam.
  • Beguk dan campak (dielak dengan vaksin MMR)
  • Beguk — Menyerupai demam batuk selesema dan virus merebak melalui udara ketika batuk. Ia menyebabkan bengkak pada kelenjar parotid (di bawah dan depan telinga).
  • Campak — Jangkitan virus akan menyebabkan ruam merah yang boleh merebak ke otak. Virus tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.Imunisasi juga memberi perlindungan tambahan kepada:
  • Hepatitis A — Ia disebabkan virus Hepatitis A yang membiak dalam makanan dan minuman tercemar sisa manusia. Perebakan virus boleh berlaku jika orang yang dijangkiti menyediakan makanan dan ia boleh merosakkan hati.
  • Demam kepialu (tifoid) — Akibat jangkitan bakteria Salmonella typhi, merebak melalui makanan dan air tercemar sisa manusia, menyebabkan cirit-birit, muntah dan pendarahan usus.
  • Meningococal Meningitis — Disebabkan bakteria meningococcus. Jangkitan berlaku di tempat yang sesak dan menyebabkan kerosakan urat saraf.
  • Cacar air — Disebabkan virus Varicella zoster. Pesakit mengalami ruam berair di seluruh badan dan boleh merebak ke otak (menyebabkan meningitis), muka dan mata (boleh menjadi buta). Ia dielak dengan vaksin campak (MMR).
  • 8 Responses to ~risiko alpa imunisasi anak~

    1. Al-Jabbar Herb berkata:

      Kami ada penawar untuk penyakit kronik Hepatitis B, HIV, Diabetis dan perbagai penyakit kronik lain. Segala maklumat lanjut sila lawati website kami di http://www.aljabbar.com.my

    2. gazali berkata:

      dimanakah boleh saya dapat produck tuan utk negri Johor khususnya dalam daerah batu pahat.tlg jelaskan.

    3. mas berkata:

      saya memang sedang mencari produk tuan al jabbar. tapi x ada stokis ke di kedah. saya tinggal di a/star dan sg. petani. suami saya memang ada hep B, dan mungkin saya pun dah ada penyakit tersebut. saya takut anak2 akan berjangkit juga. tolong lah saya amat memerlukan maklumat tersebut. terima kasih.

    4. honorius sibet berkata:

      saya adalah pesakit kronik cardio vascular, adakah produk aljabbar boleh merawat penyakit yang saya hidapi?. saya dari sandakan sabah,saya dapati adalah sukar bagi penduduk sabah terutama saya sendiri untuk mendapatkan produk tuan.bagaimanakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perunding daripada syarikat aljabbar.

    5. Mohammad Firdaus berkata:

      INI LAH ORG KITE……..ORG JUAL UBAT SEMUA DICUBA………ESOK LUSE KELUAR UBAT BARU DICUBANYE PULA………KEBANYAKKAN SEKADAR BERNIAGGA KAUT UNTUNG……..MENGGUNAKAN FAKTA YANG BETUL TAPI UBAT DIE BELUM TENTU…………APA KATE TUAN2 UBATKAN DIRI TUAN PUAN SENDIRI…………TAPI YAKINLAH……………KERANA PERLU YAKIN…………………PERTAMA ITU ADALAH UJIAN KEPADA ANDA………….ALLAH TURUNKAN PENYAKIT SEKALI DENGAN UBAT………sUNNAH NABI IKUTLAH………………AMALAKAN MADU ASLI UBAT SEGALA BPENYAKIT………….CARI MADU ASLI…………..TAK TAU TANYA ORG MAHIR…………JGN BELI SEMBARANGAN……………..HABATUS SAUDA UBAT SEGALA PENYAKIT…………………UTAMAKAN MAKANANA SEMULAJADI…ELAKKAN MAKANAN PROSES ATAU SEGERA………….X MAHAL PUN……………BUAT X BUAT JE………..MAKAN JGN SEMBARANGAN……………………MAKAN LAH ULAM………………….SAYUR PUN BOLEH…………..ULAMAN SEMULAJADI LAGI POWER…………………….AMALKAN BUAR KURMA.JGN BULAN POSE JE………..

    6. Mohammad Firdaus berkata:

      JAGE LAH TUBUH ANDA TERUTAMA ORGAN DALAMAN…………..KALU ANDA MAKAN SEMBARANGA…………….CTH…..MAKAN TERLEBIH ZAT,MAKANAN PROSES ADE PENGAWET, SEPERTI MAKANAN DEWASE INI……….ORGAN HATI DAN BUAH PINGGANG ANDA DALAM BAHAYA…………………..TAPI ORGAN INI SENYAP JE………..BILA ANDA SAKIT IA DAH TERLEWAT…………………….KALU HATI ADE MASALAH MCM2 BOLEH TERJADI……….SEBAB HATI KUMUHKAN BAHAN BERBAHAYA DARI BANDA ANDA SELAIN BUAH PINGGANG ANDA TU……….GOUT PUN ADE KAITAN DGN ORGAN INI…………..CUMA DR SELALU KATE GOUT SEBAB ASID URIK LEBIH…..BETUL TAPI X TEPAT………….BADAN X BERUPAYA MENGUMUHKAN ASID YANG ADE KERANA HATI MUNGKIN BERMASALAH……………..SAMADA ASID TU SIKIT ATAU BANYAK…………….JADI JAGELAH SENDIRI SEBELUM TERLAMBAT……………MENCEGAH LEBIH BAIK…………TEPUK DADA TANYA SELERA……………SENANG CERITA…………MAKAN LAH PERPADA2.MAKANAN MAKAN ALA KADAR………….KURANGKAN ATAU ELAK TERUS MAKANAN PROSES ATAU BERGORENG…………AMALKAN MAKANAN SEMULA JADI…………….IKAN LAUT, CARI LA……………………BANYAK SANGAT X LARAT NAK CERITA………..CUMA………………..YAKIN LAH SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW KITA…………….BERIMAN LA………………..NI CAYA KAT ORG PROMOT UBAT………………AWAK KENAL BILE DIE TU.INI SUNNAH NABI………….X PERLU BAYAR PUN………..CTH HABATUS SAWDA………..BELI LA BIJIRIN INI KAT KEDAI REMPAH PUN ADE.MAIDIN PUN ADE.MURAH……..TUMBUK DAN BUAT AIR CAMPUR MADU…………………..KAPSUL BANYAK DIJUAL…………..HARGE MACAM2.NAK MURAH PESAN STUDEN MESIR……….DEPA POST NANTI………….DALAM INTERNET ADE.NAMA BARAKA ADE………MACAM2 LA.

    7. Mohammad Firdaus berkata:

      Kelebihan Mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad saw
      « on: 31 March, 2012, 12:07:12 AM »
      Ketahuilah! Siapa saja dari umat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang berupaya untuk senantiasa mengikuti dan menaati beliau shallallahu ‘alaihi wasallam dengan ikhlas serta menjadikannya sebagai suri tauladan dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam di antaranya adalah sebagaimana keterangan berikut ini:

      1. Mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Merupakan Sebab Diterimanya Suatu Amalan
      Telah kita ketahui bersama bahwa dua prinsip dasar yang harus selalu beriringan dalam melandasi suatu amal agar diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala adalah keikhlasan dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebaliknya, apabila hilang salah satu dari keduanya, maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala, dan hendaknya kita khawatir suatu amal shalih yang kita kerjakan akan ditolak atau tidak diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala.
      Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

      “Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak pernah kami tuntunkan, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim)
      Dari hadits di atas dapat diambil kesimpulan bahwa salah satu keutamaan terbesar dalam Ittiba’us Sunnah (mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) adalah diterimanya suatu amalan.

      Al Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: “Dalam mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terdapat keberkahan dalam mengikuti syari’at, meraih keridhoan Allah subhanahu wa ta’ala, meninggikan derajat, menentramkan hati, menenangkan badan, membuat marah syaithan, dan berjalan di atas jalan yang lurus.” (Dharuratul Ihtimam, hal. 43)

      2. Mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Membuahkan Persatuan Kaum Muslimin
      Para pembaca yang mulia, setiap muslim tentu sangat merindukan terwujudnya persatuan kaum muslimin. Sebagaimana yang telah kita ketahui bersama, bahwa persatuan merupakan perkara yang diridhoi dan diperintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala, sedangkan perpecahan merupakan perkara yang dibenci dan dilarang oleh-Nya. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (artinya): “Dan berpegang-teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai-berai.” (Ali Imran: 103)

      Al Imam Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam, red) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Di dalam banyak hadits juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/367)
      Adapun asas bagi persatuan yang diridhoi dan diperintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala bukan berasaskan kesukuan, organisasi, kelompok, daerah, partai, dan sebagainya. Akan tetapi asasnya adalah: Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan pemahaman As-Salafush Shalih (para shahabat Rasulullah, para tabi’in, dan tabi’ut tabi’in).

      Al Imam Al Qurthubi rahimahullah ketika menjelaskan ayat 103 surat Ali Imran di atas menyatakan bahwa Allah subhanahu wa ta’ala mewajibkan kepada kita agar berpegang teguh dengan kitab-Nya (Al Qur’an) dan sunnah nabi-Nya, serta merujuk kepada keduanya di saat terjadi perselisihan. Allah subhanahu wa ta’ala juga memerintahkan kepada kita agar bersatu di atas Al Qur’an dan As Sunnah dalam hal keyakinan dan amalan. Hal ini agar kaum muslimin bersatu dan tidak tercerai-berai, sehingga akan meraih kemaslahatan dunia dan agama, serta selamat dari perselisihan. (Lihat Tafsir Al Qurthubi, 4/105)
      Mengapa harus dengan pemahaman As Salafus Shalih (para shahabat Rasulullah, para tabi’in, dan tabi’ut tabi’in)?

      Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: “Sebagaimana tidak ada generasi yang lebih sempurna dari generasi para shahabat, maka tidak ada pula kelompok setelah mereka yang lebih sempurna dari para pengikut mereka. Maka dari itu, siapa saja yang lebih kuat dalam mengikuti hadits Rasulullah dan sunnahnya, serta jejak para shahabat, maka ia lebih sempurna. Kelompok yang seperti ini keadaannya, akan lebih utama dalam hal persatuan, petunjuk, berpegang teguh dengan tali (agama) Allah, dan lebih terjauhkan dari perpecahan, perselisihan, dan fitnah. Dan barangsiapa yang menyimpang jauh dari itu (Sunnah Rasulullah dan jejak para sahabat), maka ia akan semakin jauh dari rahmat Allah dan semakin terjerumus ke dalam fitnah.” (Minhajus Sunnah, 6/368)

      3. Pahala Besar Bagi Orang Yang Berpegang Teguh Dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
      Dari shahabat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
      “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, kesabaran di hari itu seperti menggenggam bara api, bagi yang beramal (dengan Sunnah Nabi) pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh.” Ada seseorang yang bertanya: “Lima puluh dari mereka, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Pahala lima puluh dari kalian.” (Shahih, HR. Abu Dawud dan At Tirmidzi, lihat Silsilah Ash Shahihah, no. 494)

      4. Jaminan Istiqomah dan Hidayah Bagi Orang Yang Berpegang Teguh dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
      Selama seseorang berada di atas Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka ia akan tetap berada di atas jalan istiqomah. Sebaliknya, jika tidak demikian, berarti ia telah menyimpang dari jalan yang lurus. Sebagaimana yang dikatakan oleh shahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu:
      “Manusia akan senantiasa berada di atas jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 197).

      Shahabat ‘Urwah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Mengikuti sunnah-sunnah Nabi adalah tonggak penegak agama.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 198).
      Salah seorang tabi’in bernama Ibnu Sirin mengatakan: “Dahulu mereka mengatakan: selama seseorang berada di atas jejak Nabi, maka ia berada di atas jalan yang lurus.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 200)

      Oleh karena itu, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (artinya): “Dan jika kalian menaatinya niscaya kalian akan mendapatkan hidayah.” (An Nur: 54)
      Asy Syaikh Abdurrahman As Sa’di rahimahullah berkata: “Jika kalian menaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam niscaya kalian akan mendapatkan petunjuk ke jalan yang lurus, baik ucapan maupun perbuatan. Dan tidak ada jalan untuk mendapatkan hidayah melainkan dengan menaatinya, dan tanpa (menaatinya) tidak mungkin (akan mendapatkan hidayah) bahkan mustahil.” (Tafsir As Sa’di, hal. 521)

      5. Mendapatkan Cinta dari Allah subhanahu wa ta’ala dan akan masuk Al Jannah (surga)
      Para pembaca yang mulia, bukankah kita semua ingin mendapatkan cinta dari Allah? Ketahuilah! Bahwa cinta dari Allah subhanahu wa ta’ala hanya akan diperoleh dengan mengikuti dan mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala (artinya):

      “Katakanlah (wahai Muhammad!): “Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku! Niscaya Allah pasti akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (Ali Imran: 31)

      Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Setiap umatku akan masuk Al Jannah (surga) kecuali orang yang enggan.” Para shahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)

    Tinggalkan Jawapan kepada gazali Batal balasan