~kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin~

hamil

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

kurma

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

24 Responses to ~kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin~

  1. acuterateh berkata:

    Salam perkenalan dan selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAQ. Sememangnya kurma banyak khasiatnya. Thanks for info. apapun memang suka makan kurma waktu berbuka.

  2. Halimah Sadyah berkata:

    Ada berapa jenis kurma yang dikenali? Bagaimana halnya dengan kurma merah (Red dates)? Apakah ianya juga berkhasiat sama?
    Terima kasih.

  3. zemie berkata:

    macamana dan dimana nak dapatkan kurma dan madu yang asli

  4. huda berkata:

    Thanks for the info. I want to start eating kismis from now on. for my week brain

  5. RamirAnie berkata:

    kurma, madu dan kismis sangat banyak khasiatnya dan telah jelas dinyatakan. untuk itu kepada semua terutama ibu-ibu mengandung, jangan lupa makan kurma, kismis dan minum madu untuk kesihatan.

  6. SITIZURINA berkata:

    mmang kurma kismi dan madu banyak faedahnya.

  7. Tini berkata:

    bolehkah buah kurma membantu kesuburan seseorang wanita dan apakah baik jika pengambilan buah kurma itu dibuat setiap hari bagi membantu kesuburan seseorang supaya berjaya hamil…?

    TQ

  8. khairol berkata:

    no komen

  9. nani berkata:

    Berapa biji sehari kurma perlu dimakan oleh orang mengandung dan bermula dari barapa bulan perlu amalkan makan kurma.

  10. qhalifa berkata:

    Kurma,madu,kismis mungkin boleh menyembuhkn penyakit dengki dan membersihkan jiwa..Insyaallah,dengan izinNya..terhindarlah dari kegelapan hati..

  11. roasma berkata:

    Assalamualaikum…saya mahu bertanya…adakah sama khasiatnya jika saya memakan kurma dan kismis tidak seperti yg disyorkan.maksudnya saya makan je tanpa mengira berapa biji sampai sy rasa nk berenti saya berenti.

  12. ridanisuzira berkata:

    alhamdulillah..sepanjang mengandung sy mengamalkan mkn kismis dn kurma..ank sy chat.cerdas,tidak kuning,bijak..skrg ni sy mengandungkn ank ke2..dn sy masih mengambil kismis dn kurma

  13. HASAN berkata:

    aslkm tuan rumah. minta izin copy ya.

  14. farihah berkata:

    kurma memang berkhasiat.:) Kalau saya, selalu campur kurma dengan supplemen SHAKLEE, lebih berkhasiat & memberi tenaga

  15. Haini berkata:

    Assalamualaikum….
    minta izin copy..TQ

  16. tamannagapas86 berkata:

    tq baru sy taw khasiat kurma dan kismis..ble tanya..kurma dgn kismis ble menambahkan berat badan baby dalam kndungan ka?

  17. mamahani berkata:

    tq for info….. (^-^)

  18. Shad berkata:

    I feel this is one of the such a lot vital info for me.
    And i am happy reading your article. However wanna observation on some normal things, The site taste is wonderful, the articles is truly excellent : D.
    Good task, cheers
    Shad

  19. Nurul Syahida berkata:

    info yang sangat berguna…tq for sharing! 🙂

  20. […] ~kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin … – Salam perkenalan dan selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAQ. Sememangnya kurma banyak khasiatnya. Thanks for info. apapun memang suka makan kurma …… […]

  21. […] ~kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin … – Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang …… […]

  22. […] ~kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin … – Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang …… […]

  23. […] ~kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin … – Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang …… […]

Tinggalkan komen