~soaljawab: hidap sawan hamil~

Hanya sekadar panduan untuk kaum wanita.

Pakar Sakit Puan bersama DR ADILAH AHMAT, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

SOALAN

Isteri saya hamil anak kami yang kedua. Ketika pemeriksaan di klinik, jururawat mengatakan isteri saya ada tanda sawan mengandung.

Apakah yang dimaksudkan dengan sawan mengandung? Bagaimana cara untuk mengatasinya?

Mengenai isteri saya, dia mula hamil dengan berat badan 45 kilogram (kg). Selepas alahan tiga bulan, beratnya menurun kepada 39 kg. Kemudian, beratnya naik semula dua kilogram setiap bulan dan kini, kandungannya mencapai tujuh bulan dan berat isteri saya 51 kg.

Jururawat menyatakan berat isteri saya naik mendadak justeru dia menyarankan isteri saya mengurangkan berat badan. Jika tidak, kemungkinan isteri saya akan mengalami kekejangan ketika melahirkan anak.

Apakah pandangan doktor mengenai hal ini?

SUAMI RISAU,
Ipoh, Perak.

JAWAPAN

Sawan mengandung (eklampsia) sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Risiko ini lebih kepada ibu yang kali pertama hamil, ibu yang pernah mengalami penyakit darah tinggi sewaktu kehamilan terdahulu atau ibu yang hamil kali pertama dengan suami baru.

Penyakit darah tinggi termasuk dalam kehamilan berisiko tinggi dan sawan mengandung adalah suatu yang serius.

Bagi wanita yang mempunyai berat badan 45 kg sebelum hamil, penambahan berat badan sebanyak 11 hingga 12 kg sepanjang kehamilan adalah sesuatu yang normal.

Sewaktu trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan), berat badan wanita hamil boleh menurun akibat kurang selera makan serta muntah-muntah. Memasuki trimester kedua (bulan keempat) dan seterusnya, berat badan wanita hamil semakin pulih dan dijangka bertambah sekitar setengah kg setiap minggu (iaitu dua kg setiap bulan).

Pemeriksaan antenatal seharusnya dilakukan mengikut jadual iaitu setiap empat minggu sehingga kandungan berusia 28 minggu (enam setengah bulan), kemudian setiap dua minggu sehingga kandungan berusia 36 minggu (lapan setengah bulan) dan seterusnya setiap minggu sehingga bersalin.

Sewaktu lawatan ini, kehadiran protein dalam air kencing serta pengambilan tekanan darah juga dilakukan, ia dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Pemeriksaan selanjutnya akan dilakukan jika kedua-duanya tidak normal.

Ini termasuk pemeriksaan tekanan darah secara lebih kerap, ujian darah, ujian air kencing terkumpul 24 jam dan seumpamanya. Bagi janin, ultrabunyi dilakukan bagi mengesan kadar pembesaran janin, kekurangan air ketuban serta gangguan aliran darah melalui tali pusat.

Wanita yang mengalami penyakit ini lazimnya turut mengalami penambahan berat badan berlebihan namun ia tidak semestinya. Sawan mengandung juga didapati pada wanita berbadan kurus. Berat badan tidak menyebabkan penyakit darah tinggi, menurunkan berat badan juga tidak mengurangkan tekanan darah.

Isteri anda dinasihati menjalani pemeriksaan antenatal secara dijadualkan bagi mengesan penyakit berkaitan.

Sumber: Forwarded Email

3 Responses to ~soaljawab: hidap sawan hamil~

  1. astri berkata:

    saya baru hamil anakpertama, saya kerja mulai pagi sampai sore, saya sering mengalami masalah kantor yang cukup rumit dan membuat saya sters, dan nengurangi nafsu makan saya.

    apakah kadaan saya yang seperti ini berpenagruh pada janin saya ? dan bagaimana saya merawat agar janin saya tetap sehat

    terima kasih dok!

  2. Hanani berkata:

    saya nak tanya kandungan saya sekarang dh memasuki 10 minggu, masalah yang saya alami ialah perut saya sering saje memulas, adakan keadaan saya ini mempengaruhi janin saya dan kenapa saya sering terjadi seperti itu?

    time kasih dok..

  3. Rohimah berkata:

    Assalamualaikum. Doktor, saya nak buat beberapa pertanyaan. Saya berasa agak musykil kerana sejak berkahwin pada Disember 2007, haid saya setiap bulan hanya dua hari sahaja. Bulan Disember 2007 (21 & 22hb), bulan Januari 2008 (18 & 19hb), Februari 2008 (16 & 17hb), Mac 2008 (13 & 14hb) manakala sekarang April 2008 (10 & 11hb) sahaja. Sedangkan masa sebelum berkahwin saya tidak pernah mengalami keadaan ini. Adakah ini pengaruh hormon?
    Masalah saya sekarang pula, sejak beberapa hari ni kerap mengalami rasa nak pitam, pening, loya, muntah2 dan merasakan ada pergerakan di bahagian rahim sebelah kiri. Saya sudah pergi buat pemeriksaan ‘urin test’ di PUSRAWI, namun negatif kehamilan. Bolehkah saya menjalani ujian ultrasound untuk memastikan keadaan ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: