~jumpa doktor jika bayi tidak mengengsot~

Soalan:

Doktor, adakah seseorang bayi yang mengengsot tetapi tidak merangkak merupakan satu kebiasaan di dalam tumbesaran bayi? Saya berasa agak bimbang kalau-kalau keadaan ini akan memberikan kesan negatif terhadap perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut?

Jawapan:

*Mengengsot

Merangkak adalah cara pergerakan yang utama pada bayi sebelum mereka mula berjalan – kebiasaannya mula dipelajari pada enam bulan kedua.

Pada masa yang sama, bayi belajar duduk sendiri untuk jangka masa yang lama. Proses pembelajaran ini berlaku secara beransur-ansur.

Proses ini lazimnya mencapai tahap sepenuhnya ketika bayi berumur sembilan hingga 10 bulan.

Sebelum seseorang bayi itu boleh merangkak, ia boleh mencari kaedah-kaedah lain untuk pergerakannya.

Bagi kebanyakan bayi, creeping atau bergerak di atas perut sebelum boleh merangkak, selalunya berlaku sekitar umur mereka tujuh bulan.

Bayi-bayi juga tahu mereka boleh bergerak jauh dengan hanya berguling (rolling) dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Bayi juga boleh bergerak ke depan dengan hanya mengunakan tangan dan siku mereka sambil kedua-dua kakinya lurus di belakang.

Bayi juga boleh bergerak sambil duduk dengan menarik menggunakan satu atau kedua-dua tangan yang dinamakan mengengsot (bottom shuffling). Daripada perspektif bayi, cara ini ada beberapa kelebihannya dari merangkak – ia boleh membebaskan satu tangan. Ia juga memberikan jarak penglihatan yang lebih baik dan, bayi sudah dalam posisi duduk bila sampai ke destinasinya.

Kelebihan seperti ini memberikan alternatif yang lebih mudah dan menjadi pilihan kepada sesetengah bayi sehinggakan mereka langsung tidak merangkak dan terus belajar berdiri dan berjalan.

Ini satu fenomena yang normal dan tidak perlu dikhuatiri akan membawa kepada masalah koordinasi (penyelarasan) dan sebagainya.

Bayi-bayi mempelajari kemahiran pada tahap dan masa yang berbeza, ada yang cepat daripada yang lain.

Jika bayi tidak menunjukkan apa-apa minat untuk bergerak sama ada merangkak, mengengsot, meniarap dan sebagainya serta tidak menunjukkan koordinasi tangan dan kaki yang baik atau, kurang menggunakan tangan dan kaki dengan sama apabila mencapai peringkat umur setahun, maka bayi itu perlu diperiksa oleh doktor. Harus juga diingat bahawa bayi yang lahir tidak cukup bulan (pramatang) mungkin mencapai tempoh ini dalam masa yang lebih lewat berbanding rakan-rakan mereka yang dilahirkan dengan normal sembilan bulan.

Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Pediatrik (Kanak-kanak), Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.

Sumber:Utusan Malaysia

9 Responses to ~jumpa doktor jika bayi tidak mengengsot~

  1. Najwa Mohd berkata:

    Assalamualaikum Dr,

    Saya ibu kepada seorang anak perempuan yang baru berumur 2 tahun.Sejak umur 1 tahun, anak saya sudah boleh mula berjalan namun apa yang membimbangkan hati saya adalah, sehingga ke hari ini (sesudah berumur 2 tahun), anak saya belum boleh lagi untuk stabil sewaktu berjalan. Berlari dan melompat pun belum boleh lagi memandangkan keadaan berjalan dia belum stabil. Jika di taman permainan atau di nursery, anak2 lain yang sebaya sudah tidak perlu ibu bapa di sisi kerana mereka sudah berupaya untuk berdikari, namun anak saya, masih belum berupaya untuk berjalan dengan baik. Ini amat membimbangkan hati saya. Saya mula bertanya pada doktor klinik biasa mengenai ini ketika anak saya berusia 1 tahun 5 bulan, namun beliau meminta saya menunggu ketika umur 2 tahun. namun kini, sudah cecah 2 tahun, keadaan masih sebegitu juga. Berjalan 4-5 langkah, kelihatan terhuyung hayang, hala kakinya juga tidak tepat, adakalanya ke kiri dan ke kanan. Saya biasa menjaga adik2 kecil saya sebelum ini, merasakan seperti ia adalah tidak normal. Saya amat perlukan nasihat dan bantuan Dr mengenai perkara ini. Harap membantu.

    Ibu Risau,
    Najwa
    Puchong, Selangor.

  2. lordapes berkata:

    assalamuaikum

    saya mempunyai seorang bayi yang berusia 7 bulan. masalahnya bayi saya tidak merangkak malah terus berdiri dan belajar berjalan. Ada setengah orang mengatakan tidak bagus untuk perkembangan bayi saya. adakah betul.

  3. Adolph berkata:

    Aw, this was a really good post. Spending some time and actual effort to generate a good article…
    but what can I say… I procrastinate a lot and never seem to get
    nearly anything done.

    Adolph

  4. Hmm is anyone else having problems with the pictures on this blog loading?
    I’m trying to find out if its a problem on my end or if it’s the blog.
    Any feed-back would be greatly appreciated.

  5. web site berkata:

    Thanks in favor of sharing such a good thinking, paragraph is nice,
    thats why i have read it entirely

  6. Thanks , I have recently been looking for information about this topic for a long time and yours is the best I have came upon so far.
    However, what concerning the conclusion? Are you certain in regards to the source?

  7. working capital berkata:

    Every weekend i used to visit this web site, for the reason that
    i wish for enjoyment, as this this web site conations in fact fastidious
    funny information too.

  8. Margret berkata:

    Hey! Someone in my Myspace group shared this site with us
    so I came to take a look. I’m definitely enjoying the information. I’m book-marking and will be tweeting this
    to my followers! Superb blog and great design and style.

  9. I’ve been surfing on-line more than 3 hours these days, but I by no means found any interesting article like yours. It is lovely worth enough for me. In my view, if all site owners and bloggers made excellent content as you did, the net might be much more useful than ever before.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: