~walker lambatkan berjalan~

infobaby

KAJIAN sekumpulan penyelidik Ireland yang dilaporkan British Medical Journal, bayi yang menggunakan walker didapati merangkak, berdiri dan berjalan dalam usia yang agak lewat berbanding bayi tidak menggunakannya. 

Kajian sekumpulan penyelidik dari Sekolah Psioterapi, Universiti Kolej Dublin terhadap 190 bayi mendapati dalam tempoh 24 jam, bayi yang sentiasa bergantung kepada walker lewat bergerak secara sendiri lebih tiga hari.

“Kebanyakan ibu bapa percaya, bayi yang menggunakan walker memiliki kelebihan berjalan dan berdiri dengan cepat tetapi penyelidikan kami menyatakan sebaliknya,” kata psioterapi dan penyelidik, Mary Garret Sejumlah 102 dari 190 bayi dalam sampel penyelidikan Garret menggunakan walker. Secara keseluruhan, kajian itu mendapati kanak-kanak dalam kumpulan ini merangkak pada usia lima bulan, berdiri dengan sendirinya pada usia lapan bulan, berjalan sekitar usia lapan setengah bulan.walker

Penemuan ini berbeza dengan bayi yang tidak menggunakan walker yang boleh merangkak pada usia empat setengah bulan, berdiri pada tujuh setengah bulan dan berjalan pada usia lapan bulan.

Penyebab kepada kelewatan ini tidak dapat dipastikan tetapi Garret membuat spekulasi bayi yang bergerak menggunakan walker kurang belajar untuk merangkak di lantai, aktiviti yang memperkuatkan otot untuk mereka berjalan.

“Apatah lagi bayi yang menggunakan walker tidak dapat melihat kaki mereka bergerak. Kemungkinan ketiadaan maklumat dari otot kepada sistem saraf tengah yang melengahkan kematangan mekanisme yang bertanggungjawab menggerakkan otot pergerakan kaki kanak-kanak,” katanya.

Secara mudah kata Garret, baby walker adalah ancaman.

“Apabila kita gabungkan kajian ini dengan beberapa kes kecederaan disebabkan walker, kita akan melihat risiko kecederaan kanak-kanak menggunakan walker lebih tinggi berbanding kanak-kanak tidak menggunakannya,” katanya.

Bagaimanapun Naib Presiden Komunikasi Juvenile Products Manufacturers Association, Jennifer Szwalek menafikan kajian itu yang disifatkannya sebagai “kajian sains sampah”.

“Mereka berurusan dengan saiz sampel yang kecil. Berdasarkan kajian, walker tidak menghalang kanak-kanak belajar berjalan,” katanya.

Apa yang penting kata Szwalek, jangan beli walker sembarangan.

Sebaliknya perhatikan jenama dan mekanisme keselamatan yang ditawarkan produk itu.

Secara perbandingan, sejak standard keselamatan pembuatan walker dilaksanakan di Amerika Syarikat, kecederaan bayi disebabkan penggunaan walker menurun kepada 60 peratus sekitar 20,100 pada 1995, 8,800 pada 1999 menurut laporan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika. 

Bagaimanapun, Akademi Pediatrik Amerika tetap menegaskan walaupun adanya polisi keselamatan dan rekaan terbaru muncul di pasaran, walker tidak dijamin berupaya menangani kes kece deraan disebabkanya – HealthScoutNews.

Sumber: Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: