~piramid makanan~

infosihat

Makan untuk kesihatan berpandukan Piramid Makanan

Apakah Piramid Makanan
Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.

“Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.”

piramid

ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.

Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, dan roti atau biskut mil penuh.

ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalamcsetiap hidangan.

ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.

Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

35 Responses to ~piramid makanan~

  1. nqofaiziah rafie berkata:

    contoh makanan kaya serat

  2. pavitra berkata:

    pemakanan seimbang amat penting bagi seseorang manusia……semua makanan perlu diambil dengan seimbang.

  3. jojo berkata:

    selain daripada makan makanan yang seimbang,kita juga haruslah bersenam selalu.

  4. lalli berkata:

    saya setuju 100% dengan penerangan yang diberikan
    sememangnya pemakanan seimbang penting untuk tahap kesihitan seseorang.

  5. amiza berkata:

    contoh makanan serat n mengeyangkan untuk digantikan sebagai nasi adalah ape

  6. 3 bestari berkata:

    kita mestilah makan makanan yang seinbang dan berkhasiat

  7. aku berkata:

    mknan seinbg amt pnting bg manusia yg c-hat

  8. saya berkata:

    Bersenam tak semesti mencukupi untuk kesihatan jika pemakanan tidak dijaga. Di opis saya, bos saya kalau berlari die mmg no 1 kalah yg muda2. tapi bila cek kolesterol, levelnya terlalu tinggi. die selalau breakfast dgn teh tarik dan roti canai. bila die stop makan teh tarik dan roti canai baru kolesterol die drop to normal…

  9. nani berkata:

    AKU BERSETUJU DENGAN CADANGAN KAMU SEMUA!!!

    Daripada,
    Pusat Orang Gila,Tanjung Rambutan.

  10. awal ashaari berkata:

    Hai peminatku semua!

  11. faris berkata:

    makan keropok super ring boleh ke x???

  12. celine berkata:

    this maklumat is very good….it helped me alot…. we must take makanan seimbang….

  13. ayen berkata:

    saya setuju dengan piramid makanan seimbang..dapat membantu kita mengambil jenis makanan yang sesuai.pemakanan yang bagus dapat membantu hidup yang sihat.

  14. lala berkata:

    ini amat bagus

  15. beLla berkata:

    sya stuju ngan makanan seimbang yg ditnjukkan diatas..krana dpt mengimbangkn pengmbilan makanan..

  16. Fanthaghiroroses berkata:

    Assalamualaikum, As we all know that,balance meal is very important..but we should not forget that exercise and healthy life (does not smoking and alcoholic,etc) is another factor to make us healthy.It wont work out if u only eat healthy food without having an healthy live right…so think of it…Allah hafiz

  17. sadiq segaraga berkata:

    kalau dah buat pemakanan seimbang tapi x bersenam apa gunanyer btol x ???

  18. princess berkata:

    ok lah tu……….cume kna terang lg jelas….senang nk wat folio

  19. princess berkata:

    ok lah tu……….cume kna terang lg jelas….senang nk wat folio.hai……….awal

  20. ye……dah dpt wat kaje smk

  21. oi pesanan dari aku…
    jgn mkn lemak byk sgt..
    nt sakit ok……

    from:cool man

  22. princess berkata:

    Dari muda la kena jaga pemakanan, kalau dah dapat penyakit tu susah nak cover balik.

  23. sakura berkata:

    put la the pic of d piramid ……….

  24. ain balqis berkata:

    inat….kte mkn utk hidup bkn hidup utk mkn…

  25. acai berkata:

    trima kasih kerana memberikan info yang berguna kepada kami

  26. acai berkata:

    kalau ada info yang best hantar la tentang pemakanan sihat ni

    from 3 akrab SKP 2009

  27. nurul berkata:

    kita mstilah mengurangkan makanan yg bergula……………..

  28. balqis berkata:

    thankz, c0z give me this useful inf0rmation

  29. Ramlah Mohd Jamli berkata:

    Terima kasih,maklumat ini saya gunakan untuk memahami pelajar mengenai piramid makanan semasa P&P BMT6.

  30. hannani berkata:

    saye tak paham ape pun

  31. dashmita berkata:

    bla bla bla

  32. lalitha kandasamy berkata:

    terima kasih nota ini amat berguna

  33. Hello! I just wanted to ask if you ever have any issues with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing many months of hard work due to no data backup.
    Do you have any solutions to prevent hackers?

  34. webinar video berkata:

    Hey I am so happy I found your webpage, I really found
    you by mistake, while I was browsing on Google for something else, Nonetheless I am here now
    and would just like to say cheers for a remarkable post
    and a all round entertaining blog (I also love the theme/design), I don’t have time to read it all at the moment
    but I have bookmarked it and also added in your RSS feeds,
    so when I have time I will be back to read a great deal more, Please
    do keep up the fantastic work.

Tinggalkan Jawapan kepada lalitha kandasamy Batal balasan