~mengeluarkan tahi telinga~

infobaby

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

cotton bud

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.

“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.

“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.

sumber: SusuIbu.com

18 Responses to ~mengeluarkan tahi telinga~

  1. tahi telinga berkata:

    betul ke?? aku slalu korek tlinga hmpir stiap saat……… x lh miss dlm 1 ari,klo miss aku jdi pekak..azamku thn nie agar thi tlingaku smakin bnyak spaya syok dkorek….. klo x,bsanlah x wat pa2…….

  2. cahaya berkata:

    ketika berenang air masuk telinga,,,kemudian bejumpa doktor,doktor mengesan ada tahi telinga yang terkumpul menghalang pendengaran,,doktor memberi ubat titis untuk melembutkan tahi telinga,,,adakah telinga sy akn jd pekak?

  3. mimi berkata:

    salam sejahtera,
    saya ingin bertanya kepada yang berkenaan,anak saya berumur 2 tahun lebih, seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan mengorek tahi telinga anak saya.untuk pengetahuan,anak saya mempunyai tahi telinga keras di kedua-dua belah telinga.?jenis ubat yang bagaimana sesuai dengan anak saya untuk mengeluarkan tahi telinga yang keras itu?

  4. wani kotabharu berkata:

    alahai…kelakar la tajuk neh..
    nok wat gano eh lau taik telinga xdok?
    mcmmane la taik2 ini leh ada sape la yang berak..e,,,,,,,,,,tensen3

  5. wani kotabharu berkata:

    dulu aku ada pengalaman semut hitam masuk lam telinga ms tido ntah la sesat kot. adk aku silap bt lawak..
    dia kata semut nk buat sarang 2 pasal xnk kuar.ayah aku suh penuhkan i lam telinga suh semut mati..ok xcara 2? pape xpuah ati emel r sayo..xkiro ambo heroin xgaduh…
    epalhijau_zue@yahoo.com

  6. zuraini kotabharu berkata:

    xgamok la ..zue ni pelik benar la macamner la taik telinga ni wujud tok cekak korek doh weiii

  7. nawawi berkata:

    nawawi….i love u. nape buat aku gini…
    lah,silap segmen la..

  8. zaimah pcb(kota bharu) berkata:

    mak aku kata masa kecik2 telinga aku wwhi menanah

  9. zaimah pcb(kota bharu) berkata:

    cara2 kuar taik telinga ..
    step 1:ambil lidi
    step2:korekla..
    tamat

  10. mawar berkata:

    walaupun bunga heran namun senag je..mek bunga kata lau nmpk teruk kena jumpa dok la..jangan korek2 sesuka ati

  11. illy berkata:

    saye mngalami masalah tlinge pedih.x tau knape tetibe jer,bile sentuh tlinge rsenye saket giler!pedih btol..sye gak slalu dgr lagu,bgitu juge..stiap pgi or mlam saye akn selseme sbb tlalu sejuk..
    ape sbb tlinge sye jdik mcam tuh ye?
    sbb dgr lagu kerap sgt ke atw sbb selsema??

  12. wan laili berkata:

    saya ingin bertanya….anak perempuan saya berumur 3 tahun masih menyusu botol dan susu badan..masalah saya sekrang hampir 1 tahun telinga anak saya dijangkiti kulat..kulat tersebut berwarna putih…saya selalu menyuluh dengan lampu kecil untuk melihatnya…kerana dia selalu aje gatal…dia tidak suka mengunakan button buds tapi dia menyuruh saya mengambil tuala lembut , gulung dan jadikan kun kecil dan ikat dgn getah sikit dihujung tuala itu lepas tu dia akan start korek kdg2 dia tak bagi saya buat kerana sakit dan tidak kena pada kulat itu..saya kesian melihatnya ..sebab dia akan mengadu terlalu gatal kedua2 telinga nya…saya pernah bawa dia kehospital besar berkali2 tapi dia tak nak bg doktor sentuh telinga dia….so doktor tak check apa yg ada didalam dan hanya memberi ubat titis mcm tu jer..doktor tu ckp ini ubat telinga yg dijangkit kulat…saya tak tahu apa nama ubat itu…telinga dia akan bertambah gatal apabila dia makan mkn seafood..tapi bila dia menyusu badan kdg2 telinga dia jadi ok…so tolonglah puan/tuan bagi cadangan macam mana saya nak hilangkan kulat dlm telinga anak saya tu….adakah ia akan effect bhg pendengaran sampai dia dewasa kelak. Terima kasih

  13. khalid berkata:

    abang saya pernah menggorek telinga dengan menggunakan besi tetapi mengakibatkan luka,kadang2 pedih dan stelah berjumpa doktor pakar kata tiada apa2 dalam telinga tetapi abang saya merasakanya masih ada di dalam telinga so bagaimana cara nak mengeluarkanya degan segera..

  14. rani berkata:

    dokter bagaimana cara mengeluarkan tahi telinga dengan benar,soalnya waktu itu telingaku ada tahi telinga dan aku mengorek pake cotton buds terus tahi telinganya masuk kedorong oleh cotton buds mohon bantuannya do 🙂

  15. Piya berkata:

    mcm mna klau tahi telinga tu keras.. then kita dh boleh rsa dh guna jari ..kira mcm dh nak kluar lah.. mcm mna nk kluarkan?? saya takut nnti tahi tlinga tu akan terlekat dlam tlinga saya sntiasa,. 😦

Tinggalkan Jawapan kepada mawar Batal balasan