~soal jawab::masalah tonsil, meningitis, selesema~

undefined

Utusan Malaysia – 28/05/2006

Soalan: Anak saya sering menghidap infeksi tonsil, apakah puncanya? Perlukah tonsilnya dicabut jika masalah ini berlaku setiap bulan?

Jawapan: Tonsil ialah organ imuniti yang menjalankan tugas saringan untuk jangkitan kuman ke atas tekak.

Jika anak dijangkiti oleh kuman, tonsil menjadi penjaga pintu yang menghalang kuman tersebut daripada masuk ke dalam badan anak.

Kadangkala, reaksi tonsil ini menjadi berlebihan dan membesar sehingga boleh menyekat pernafasan.

Pada masa dahulu, penyakit tonsilitis yang kerap adalah indikasi untuk buangkan tonsil anak. Pada masa ini, kita jarang sekali mengeluarkan tonsil anak.

Indikasi yang tidak boleh dinafikan ialah jika tonsilnya terlalu besar sehingga menyekat pernafasan dan mereka berdengkur pada waktu tidur serta kesesakan nafas semasa tidur.

Jika infeksi tonsil berlaku kerap sangat (lebih daripada 12 kali dalam setahun), maka kita mungkin akan lakukan pembedahan mengeluarkan tonsil anak.

Vaksin meningitis penting untuk anak-anak

Soalan: Adakah vaksin untuk meningitis perlu untuk anak-anak kecil? Jika ya, kenapakah vaksin ini bukan wajib untuk kanak-kanak di Malaysia?

Jawapan: Vaksin untuk meningitis (penyakit radang otak) adalah penting untuk kanak-kanak kecil.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh beberapa kuman seperti Haemophilus influenzae b, Streptococcus pneumoniae, virus-virus seperti virus beguk, campak dan lain-lain, penyakit tibi (tuberkulosis), dan banyak lagi.

Kuman yang kerap menyebabkan meningitis ialah H.influnzae b (Hib) diikuti oleh S. pneumoniae (atau pneumokokus).

Pada masa ini, vaksin Hib diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2002, dan BCG (untuk penyakit tuberkulosis) telah lama diwajibkan untuk semua bayi semasa baru lahir.

Vaksin untuk pneumokokus tidak diwajibkan pada masa ini tetapi boleh didapati di klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.

Kuman pneumokokus boleh juga menyebabkan penyakit-penyakit pneumonia (jangkitan paru-paru), bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), jangkitan telinga tengah dan juga resdung (jangkitan sinusitis).

Sebab utama yang vaksin ini tidak lagi diwajibkan ialah kerana kosnya yang tinggi.

Jika ibu bapa inginkan anak mereka diberi vaksin pneumokokus ini, mereka boleh dapatkan tiga dos dengan vaksin tiga serangkai (iaitu dua suntikan tiap kali) dan satu lagi lepas umur 1 tahun.

Anak selesema tidak perlu ke doktor?Soalan: Kakak saya menasihati saya supaya jangan bawa anak ke doktor apabila dia mengalami selesema yang tidak teruk.

Menurut beliau, adalah lebih baik anak dibiar sembuh tanpa ubat supaya sistem imunnya bertambah kuat.

Adakah ini benar? Saya tidak sampai hati membiarkan anak sakit tanpa diubati.

Jawapan: Nasihat ini perlu diambil dengan sedikit nasihat tambahan.

Memang benar jika anak demam selesema satu atau dua hari dan tidak nampak terlalu tenat, ia boleh dirawat di rumah dengan ubat parasetamol atau ubat lain yang ada.

Tujuan membawa anak berjumpa doktor atau pakar pediatrik ialah untuk memastikan anak tidak dijangkiti oleh penyakit yang serius seperti jangkitan telinga tengah, pneumonia, meningitis, sinusitis, atau yang lain yang memerlukan rawatan antibiotik.

Bukan semua anak yang demam selesema memerlukan ubat antibiotik.

Kadang-kadang nasihat yang diberikan oleh doktor sahaja yang perlu untuk menenangkan pemikiran ibu bapa.

Soalan-soalan dijawab oleh Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Zulkifli Ismail.

One Response to ~soal jawab::masalah tonsil, meningitis, selesema~

  1. syikin berkata:

    masalah pendarahan di mata putih adakah ia akan hilang mcm sediakala atau jd merah utk selama2nya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: