~urutan kasih sayang::untuk kesihatan bayi~

undefined

URUTAN bayi kini menjadi teknik popular kerana kebaikannya dari segi perubatan, fisiologi dan emosi.Sentuhan lembut yang diberikan kepada si kecil bukan sahaja menggalakkan pertambahan berat dan koordinasi otot badan bayi, bahkan menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan bayi.

Pengarah Bersama Institut Penyelidikan Sentuhan di Miami, Florida, Dr. Maria Hernandez-Reif, berkata kaedah urutan ini bukan sahaja baik untuk bayi normal, tetapi juga bayi yang memerlukan jagaan perubatan dan berkeperluan khas.

undefined

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, urutan bayi dianggap sebagai terapi sentuhan terbaik, malah memberi sumbangan signifikan kepada peningkatan dan perkembangan bayi yang menerima rawatan perubatan Sindrom Down, Palsi Serebrum, Asma dan Austisme.

“Melalui sentuhan ia bukan sahaja meningkatkan fungsi motor dan memperkemaskan otot kanak-kanak seumpamanya, tetapi juga merangsang sistem pengedaran darah yang dapat memberi kebaikan kepada jantung, pernafasan dan sistem perkumuhan,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Sentuhan Bantu Bayi Yang Berkeperluan di Yayasan Kiwanis Syndrom Down, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Johnson & Johnson dan Yayasan sempena sambutan ulang tahun ke 10 Program Sentuhan Johnson’s baby di Asia Pasifik.

Katanya, secara psikologinya, sentuhan ini akan membuatkan perasaan ibu lebih terjamin kerana dapat menyumbang sesuatu yang lebih penting kepada bayi. Ini secara tidak langsung dapat merapatkan kemesraan ibu terhadap si anak.

“Kaedahnya mudah dan bahan yang boleh digunakan juga murah, tertakluk kepada pilihan ibu bapa sendiri. Urutan untuk si kecil ini boleh menggunakan minyak atau losen bayi,” terangnya lagi.

Beliau berkata, kaedah ini melibatkan urutan di seluruh anggota badan bayi menggunakan sentuhan yang sederhana kuat (cukup untuk mengubah warna kulit bayi dari merah ke cerah).

“Seelok-eloknya ia dilakukan secara berulang-ulang selama 15 minit selepas mandi atau sebelum tidur.

“Sebaik-baiknya, urutan ini dilakukan ketika bayi dalam keadaan selesa dan tidak lapar kerana bayi mempunyai jangkamasa penumpuan yang pendek,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, pastikan tangan kita dibasuh bersih dan kuku dipotong pendek sebelum melakukan urutan kepada bayi anda kerana kulit bayi sangat halus dan sensitif.

Ada pelbagai kajian saintifik dijalankan ke atas urutan bayi dan semuanya membuktikan kaedah ini boleh mengekalkan kulit cantik bayi yang halus dan lembut.

Lebih penting, urutan ini juga boleh merehatkan badan dan minda bayi, sekali gus membantu mereka tidur lebih baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: