~pencuci antibakteria NappiKleen elak masalah kulit~

undefined

Utusan Malaysia – 27/12/2005
Oleh NOOR FAZRINA NOOR KAMAL

MANA lebih mudah: menggunakan lampin pakai buang ataupun lampin kain biasa? Bagaimanapun, ibu bapa harus sedar bahawa penggunaan lampin pakai buang mengundang beberapa masalah terhadap bayi terutamanya masalah kulit.

Walaupun lampin pakai buang yang terdapat di pasaran boleh menyerap air kencing bayi sehingga tidak menyebabkan lembapan terasa, namun dari segi jangka panjang ia juga boleh menyebabkan penghasilan ruam serta kerengsaan kulit.

“Bayi mempunyai kulit yang sensitif, mereka juga masih belum mendapat daya imunisasi yang kuat. Walaupun bayi menyusu badan dan mendapat antibodinya daripada susu ibu, namun harus diingat bayi amat mudah diserang penyakit berbanding orang dewasa,” kata Pengurus Kanan Barangan UNZA (M) Sdn. Bhd., Jade S.Y. Young.

Menurut Young, kebanyakan lampin pakai buang yang dijual di pasaran mengandungi sejenis bahan kimia yang dinamakan Sodium Polycrylate yang boleh menyerap cecair dan terus menukarkannya kepada bentuk gel.

Namun seperti yang kita semua sedia maklum, penggunaan bahan kimia sememangnya tidak baik untuk bayi terutamanya apabila melibatkan penggunaan jangka masa panjang.

“Penggunaan bahan kimia berterusan walaupun dalam bentuk lampin pakai buang biasa akan menghasilkan toksin yang boleh membahayakan kesihatan bayi,” katanya.

Young menambah, kebanyakan ibu bapa juga harus sedar kepentingan memelihara kesihatan bayi dengan menitikberatkan aspek kebersihan.

“Oleh itu kami menggalakkan kain lampin biasa dengan penggunaan pencuci pakaian yang mengandungi bahan antibakteria. Ia ternyata lebih jimat dan membantu menjamin kesihatan kulit bayi anda,” katanya.

Penggunaan bahan antibakteria dalam agen pencuci pakaian telah lama diaplikasikan di negara ini. Kajian oleh unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) UNZA mendapati pakaian yang telah direndam dengan bahan antibakteria yang sesuai dapat membantu membunuh lebih 99 peratus bakteria yang terlekat pada pakaian.

“NappiKleen memang dirumus untuk mencuci pakaian bayi, pakaian dalam dan pakaian yang diperbuat daripada kain sutera.

“Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia keras yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit bayi. Ia juga boleh dibilas dengan mudah tanpa meninggalkan sebarang sisa,” katanya.

Kesan kotoran memang diketahui menjadi tempat pembiakan bakteria terutama lampin bayi yang dicemari najis dan air kencingnya sendiri. NappiKleen mengandungi enzim ‘endo-protease’ yang membantu menanggalkan kotoran dan kesan degil dan menghindar hinggapan semula kotoran.

Sambil menerangkan kebaikan penggunaan lampin kain biasa, Young menyarankan agar ibu bapa lebih bersikap prihatin dan lebih peka akan kebaikan menggunakan kain lampin biasa yang dibuat daripada kain kapas dan lembut untuk kulit bayi.

“Apabila bayi menggunakan lampin biasa, ibu bapa akan segera menukarkan kepada lampin baru jika bayi membuang air kecil atau besar,” terangnya.

Kebaikan menggunakan lampin kain biasa:

– Menjimatkan
– Mudah dibasuh
– Boleh digunakan untuk jangka masa panjang, contohnya digunakan oleh anak kecil lain
– Lebih baik untuk kesihatan dan kulit bayi
– Tiada risiko ruam sekiranya kerap ditukar selepas bayi membuang air kecil

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: