~kematian di dalam katil bayi~

undefined

Utusan Malaysia – 13/02/2003

KEMATIAN di dalam katil bayi atau dalam bahasa Inggerisnya ‘cot death’ bermaksud seseorang bayi yang berumur kurang daripada setahun dijumpai mati di tempat tidurnya (cot).

Kes ini jarang diketahui oleh ibu bapa di negara ini. Malah kadar kematian bayi di Malaysia yang disebabkan oleh kematian di dalam katil bayi jarang direkodkan.

Pada masa ini pakar-pakar sains tidak tahu apakah sebabnya sebilangan kecil kanak-kanak kurang daripada setahun boleh mati dalam keadaan begini.

Apa yang diketahui ialah kebanyakan bayi yang terlibat adalah bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramasa) dan kurang berat ketika dilahirkan.

Ibu bapa yang mempunyai tabiat menghisap rokok juga memberi ancaman terhadap kesihatan bayi mereka dan sedikit sebanyak menyumbangkan kepada punca kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tindakan ibu bapa untuk mengelakkannya seperti yang disenaraikan di bawah telah mengurangkan kadar kematian di dalam katil bayi di negara-negara Barat.

Untuk mengelakkan kematian dalam kot:

* Tidurkan bayi terlentang atau mengiring (bukannya meniarap).
* Pastikan bilik tidur tidak terlampau panas.
* Jangan membedung bayi terlampau ketat.
* Jauhkan bayi daripada asap rokok.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: