~bahaya uri di bawah~

undefined

Utusan Malaysia – 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.

Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.

Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?

Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?

Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.

Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.

“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,” jelasnya.

Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.

Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.

Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.

Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.

PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.

Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.

Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.

Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

– Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.

Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.

Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

– Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

– Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.

Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.

Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.

Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
– Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
– Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
– Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
– Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
– Pembedahan Caesarean
– Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
– Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.

Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.

Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi
– Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
– Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
– Pernah menjalani pembedahan pada rahim – pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
– Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

– Tahap keseriusan pendarahan
– Usia bayi dalam kandungan
– Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.

– Alamat e-mel Kesihatan Mingguan ialah kesihatan@utusan.com.my

76 Responses to ~bahaya uri di bawah~

  1. Saya mengandung anak ke dua selepas lima tahun usia anak pertama saya. Pada kanduangan pertama saya mengandung dan melahirkan secara normal. Selepas pemeriksaan baru-baru ini, usia kandunagan saya telahpun mencapai usia 21 minggu dan dua hari. Masalajh yang saya hadapi ialah, uri bayi saya berada dibahagian bawah dan saya selalu mengalami sakit dibahagian bawah peut tetapi tidak begitu serius. Adakah hal ini akan menjejaskan kandungan saya atau apa-apa implikasi lain terhadap kandungan saya? Bolehkah kedudukan uri saya berubah selepas tempoh 28 minggu nanti?

    • noor berkata:

      mengandung anak kedua. sya pp tipe 2. dn acreata. anak dah 2thn. sya risau saya mengandung lg. adakah saya akan alami benda yg sama? perlu ka sya Gugurkn kandungan ini jika sah saya mengandung

  2. emma asmara berkata:

    assmlkum..sy seorang wanita yg sudah mendirikan rumah tangga,dan pernah berpengalaman membawa kandungan selama hamppir 7bulan..malangnya allah s.w.t lebih menyayangi allayyarham putera sy itu sebelum sy sempat untuk membelai dan mengasihisihinya..Begini,sy melalui proses biasa mengandung,seawal usia kandungan sy jalani terapi biasa pemeriksaan setiap bulan dr usia kandungan 2bulan lagi,segala lancar..diusia kandungan 5bulan sy dapat mengetahui status jantina kandungan iaitu putera,dr segi scan segalanya ok,termasuk sy..tp pada tanggal 7.feb.2008 tarikh yg xkan dpt dilupakan,pd mulanya sakit perut biasa lama kelamaan sy seaakn xdapat nak bergerk,kemudian sy turun darah dgn bnyak dan tidak berhenti,suami menghantar sy ke sebuah klinik swasta,disitu air ketuban pecah,pihak klinik xmampu nak handle kes sy,kemudian sy dibawa ke hospital besar utk seterusnya..sesampai dihospital sy diperiksa dan disahkan bayi songsang,dan darah tetap mengalir,sy bingung kerana sebelum ni kandungan normal..kami diberi pilihan untuk melepaskan bayi sy yg tinggal hujung nyawa itu krn dia hanya tinggal nadi…sy terpaksa terima,lebih sejam dimasukkan ubat,dengan sekali teran sy selamat melahirkan seorg putera yg cukup sifat,wajahnya saling xtumpah sprt ayahnnya,aku terpaksa terima ketentuan allah s.w.t ini…kata doktor anakku songsang,uriku hancur..aku ingin sekali tahu apakah kesan dr semua itu,…doktor juga ada memberitahu jika aku ingin mengabdung lagi datang ke hospital semula….apakah aku tidak lagi boleh mengandung…aku keliru kerana hampir setahun aku cuba masih lagi belum punya rezeki…

  3. mai azuna yusuf berkata:

    Assalamualaikum kepada semua pembaca…Kehadiran saya di sini sekadar ingin berko ngsi pengalaman dengan ibu dan pembaca sekalian, tetapi bukan untuk menakutkan kerana takdir setiap manusia tidak sama namun kita terus berdoa . Sudah hampir 34 hari aku melahirkan anak ku yg ketiga iaitu seorang bayi perempuan yg comel. Aku sudah memiliki dua orang anak perempuan yg berumur 5 dan 4 tahun yang kulahirkan secara normal seperti juga anak yg ketiga ini.Tetapi kelahiran yg ketiga ini telah menguji keimanan ku. Bayi ku dilahirkan alhamdulillah dengan mudah hanya 3 kali teranan. Seperti biasa, doktor yg menyambutku menunggu 20 saat untuk menunggu uri ku lekang dari rahim. Tapi amat mengejutkan uri ku tidak lekang , dan doktor menunggu lagi tetapi tidak juga berhasil. Doktor melakukan berbagai usaha untuk melekangkan uri ku, terasa sakit yang amat sangat kurasakan seperti nak hendak melahirkan seorang lagik, terasa rodokan di dalam perut ku. Hampir 2 jam aku di bilik kelahiran , akhirnya uri ku dapat ditarik tetapi malangnya rahim ku terikut sekali. Doktor cuba memasukkan kembali rahim ku tapi tak berjaya kerana pendarahan berlaku dengan banyaknya. Aku seperti di dalam lautan darah, aku hanya mendengar jururawat menyuruhku mengucap . Mataku samar -samar dan aku berasa kesejukan yang amat sangat. Di dalam hati aku terus berdoa agar Allah memanjangkan usiaku , tidak putus-putus wajah anak-anakku datang di mataku. Sehinggalah doktor membuat keputusan agar menghantar aku ke Hospital kerajaan untuk dibedah. Didalam ambulan, suami ku berada di sisi ku memberi aku semangat dan menyuruhku agar jangan tidur. AKu berasa teramat dahaga dan letih dan tidak terdaya membuka mata. Sekali lagi aku tiba2 aku ternampak ramai orang , rupanya aku telah berada di Hospital Sungai Buloh. Doktor pakar bersuara kepadaku, dan memberitahu kepada ku rahim ku terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawaku. AKu nampak suamiku menangis, di sisi ku mengatakan dia terpaksa menandatangani borang untuk membuang rahimku. Suami ku bingung, kerana dia tahu aku teringinkan anak lelaki, dan bermakna dengan pembuangan rahim ini aku tidak akan mengandung lagi. Tapi aku redha, dan aku sekadar mengangguk tanda bersetuju agar rahimku dibuang. Selepas itu aku sudah tidak nampak apa-apa hinggalah aku sedar aku berada di dalam ICU. Aku pelik, kerana sepanjang aku mengandung ketiga ini, tidak ada apa-apa masalah yang aku alami. Dan dari apa yg ku baca di majalah dan internet ,aku bebas dari semua risiko uri melekat pada rahim.. Sehingga kini aku tidak tahu apa punca terjadi. Namun aku bersyukur aku mempunyai 3 orang anak. Azamku untuk membesarkan anak-anakku hingga berjaya dan berdoa agar mereka menjadi wanita yang solehah. Amin..

    • cikgu fiza berkata:

      kisah awak buat saya menangis tak henti2..
      takut pkara yg sama terjadi pd saya… minta dijauhkan.amin..

      • khaila berkata:

        Sedihnyaaa… Sehingga x sedar saya pun menitiskan air mata.. sebenarnya saya sekarang sedang berada di PPUKM. Sudah 3 minggu saya di sini. Usia kandungan baru masuk 32 minggu.. Untuk pengetahuan, saya sekarang mengalami Plasenta Previa Type 3. Doc x bagi saya banyak bergerak takut bleeding. Bosan, memang bosan tapi demi menyelamatkan kandungan dan diri sendiri, sata terpaksa harungi semua ini.. Dari hasil pemeriksaan, saya terpaksa menjalani pembedahan secara Caesarean yang akan dijalankan 2 minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya… Di sini saya lebih banyak menghabiskan masa saya dengan berdoa, bertasbih dan membaca al-quran… Moga Allah menyelamatkan nyawa kami.. Amin…

      • salena berkata:

        sedihnya bila membaca kisah awak di atas…
        saya dpt membayangkan bagaimana awak
        berjuang pada saat itu.Apapun moga awak
        tabah menghadapinya.dan dpt menjadi isteri
        dan ibu mithali dan anak2 yg solehah.

    • roasma berkata:

      Ya Allah besarnya pengorbanan seorang ibu. Semoga Allah membalas pengorbanan ini dgn syurga.sedih dn takut bl sy baca kisah puan ini cz sy lg 2mggu nk bersalin.ada sedikit mslh uri kebawah tp kata doktor xbahaya masih blh normal.mudahan Allah beri saya kekuatan seperti puan.insyaallah.

    • intan berkata:

      menitis air mate bila bce kisah awk. semoga awk tabah mghadapi dugaan dariNYA. sekarang sy sedang mngandung ank yg ke 3. (yg kedua keguguran). usia kandungan dlm 2bulan. d awal aritu..sy bleading. mcm2 perasaan ada. sedih..risau.. syukur alhamdulillah..kandungan sy selamat. doc menasihatkan supaya bnykkn rehat. mudah-mudahan..semuanya selamat ke akhir nt.

  4. zurinawaty berkata:

    Assalamualaikum…

    Saya kini mengandungkan anak yang ketiga pada usia 30 tahun. Kandungan saya baru 14 minggu. Saya baru membuat scan dan doktor dapati yang uri saya berada dibawah. menurut nasihat doktor, saya tidak digalakkan bersama suami buat seketika. saya hanya sekadar untuk bertanya dan berkongsi pandangan, adakah keadaan ini satu yang membahayakan kandungan saya, dan sampai bilakah tempoh yang selamat untuk saya bersama suami semula?

  5. shima berkata:

    adakah uri di bawah tu ada effect?skrg usia kandungan saya baru 16 minggu 2 hari dan saya juga mengalami alahan yg teruk dan juga kedudukan uri saya di bawah.saya juga mengalami sakit2 di bahagian rahim.kadang2 juga saya ada turun darah yang sikit.saya takut dengan keadaan uri di bawah ni ada effect untuk saya dan bayi saya?

  6. syafika berkata:

    Assalamualaikum wbt….
    Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu semua.Setiap ujian yang Allah berikan kdp kita ada hikmatnya walaupun kdg2 kita tidak dapat menerimanya.
    Begitu juga dengan saya, kehilangan zuriat pertama yang dinanti selama ini. Awal kehamilan saya tidak mempunyai masalah, suami bertambah gembira bila mengetahui kami bakal mendapat anak lelaki.Sewaktu kandungan 7 bulan,perut saya sakit, hanya Allah shj yang tahu waktu itu.waktu tu, saya dan suami tak tahu nak buat apa.suami mengambil bidan kampung tengok perut.perut saya dipusing oleh bidan tersebut, hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya.Mlm tersebut perut saya semakin sakit, setelah sampai di hospital doktor mengesahkan uri telah lekang, dan anak dlm kandungan saya telah meninggal.selama 14 jam sy di wad bersalin krn sy banyak kehilangan darah, doktor terpaksa memasukkan 20 bag darah.waktu itu, darah banyak keluar melalui mulut saya.Doktor sendiri tidak mengetahui mengapa berlaku.Selepas 14 jam, sy selamat melahirkan zuriat lelaki pada 31 Mac 2009.Bayi comel sgt spt ayahnya.Tp sy sedih krn Bayi tak bernyawa lg.selepas sy bersalin, sy tk dpt bernafas, sy di bawa ke bilik icu.Waktu itu doktor memberitahu, peluang saya untuk hidup agak tipis.Tp alhamdulillah, umut sy panjang wlaupun terpaksa membuat hemodialisis buah pinggang kesan darah kotor dlm badan.Sekarang sy mengandung anak kedua,walaupun saya tidak dibenarkan untuk megandung dlm tempih 2 thn ini.
    Masalah timbul, membuatkan sy bertambah takut,uri saya berada di bwh.saya takut pengalaman dulu akan berulang.sy tak sanggup kehilangan zuriat kedua saya lg.Kpd ibu-ibu di luar sana, saya berpesan jgn sekali-kali bg bidan urut perut,wlaupun setiap yg berlaku hanyalah penyebab.

  7. linda berkata:

    Sekadar ingin berkongsi apa yang terpendam dalam hati saya. Saya sekarang mengandung anak ke-4 dan skrg sudah 29minggu. Anak sulung saya lahir secara normal, manakala ke-2 dan ke-3 secara pembedahan kerana uri bawah. Semasa melahirkan anak ke-3 saya sempat di masukkan ke ICU kerana pendarahan dimana berpunca dari uri melekat pada uri dan rahim tidak boleh dijahit. Setelah hampir 4 tahun dari trauma itu saya disahkan hamil dengan keadaan uri bibawah skali lagi. Menurut doktor risiko pendarahan adalah tinggi dan jika uri melekat pada rahim, mungkin rahim terpaksa dibuang. Biarpun dari scan doktor mengatakan anak yang dikandung ini perempuan (bermakna anak perempuan yang ke-4 bg saya) saya tetap bersyukur dan hanya berharap anak ini akan lahir dengan sempurna. Saya juga berharap semoga Allah memanjangkan usia saya dan mengelakkan risiko-risiko pada saya semasa melahirkan. Moga-moga saya dapat melihat dan membesarkan anak-anak saya dengan sempurna. Amin.

  8. Puan Arbaya berkata:

    Salam kepada smua pembaca..
    Saya ingin berkongsi masalah kepada ibu-ibu di luar sana..saya sekarang mengandung anak yg ke-2 dan sekarang pd minggu ke-30 namun saya benar-benar terkejut kerana saya di beritahu yg uri kandungan saya ini terletak di bawah..saya juga sering kluar darah namun tidak merasa sakit apa-apa…apa yg perlu saya lakukan…???

  9. cikgu fiza berkata:

    a’kum..semalam sy disahkan mgalami PP..kandungan 28wks..anak ptama..rasa frust yg teramat sgt bl doc beri pnerangan..sstu yg tak pernah djangka..
    Ya Allah..kau ampunkan dosa2 ku..lindungi kami sekeluarga dr musibah sebegini..Amin..

  10. Ina berkata:

    Salam.sy skrg hamil 31 mggu.spttnya sy perlu discan pd kandungan 28 mggu.memandangkan doktor tiada ketika itu (sy melakukan pemeriksaan setiap bln di klinik kerajaan)..sy mgmbl keputusan untuk membuat scan di klinik pakar swasta.ketika itu doktor tidak mengatakan ape2 mengenai masalah uri sy melainkan masalah air ketuban lebih dan dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan manisan.baru2 ni sy kembali ke klinik kerajaan dan diminta untuk membuat rujukan ke doktor pakar kerajaan atas alasan uri sy di bawah.untuk pengetahuan stkt arini sy tidak mengalami sebarang pendarahan,cuma pernah mengalami kekejangan perut.2 mggu lg sy perlu ke doktor pakar untuk mengesahkan kedudukan uri sy.doakan sy dan baby sihat dan selamat..tq

  11. salam,sekarang saya hamil 7 minggu.baru-baru ni saya mengalami sakit perut dibahagian bawah,dan adapendarahan hanya sedikit sahaja.baru-baru ni saya ad jmpa dgn doktor,kemudian dotor scan kandungan saya.doktor kata ok,tapi kemungkinan uri byi kebawah.saya nak tahu adakah benar uri bayi kebawah.

  12. ana oreo berkata:

    salam… Sy ingin bertanya kpd sesiapa yg ada masalah spt sy, uri ke bawah. Sy tlh b’kahwin selama 8 tahun. 5 thn yg lps sy prnh mgandung ectopic, dan selps dr tu sy x prnh mgandung lg sehinggalh pd tanggal mei 2010 sy di sah kan hamil. Pd awlnya sy x m’punyai masalah. Masuk 3 bln stgh, tiba2 darah keluar spt air paip x bhenti. Darah bcampur air. Sy ke hospital doc mengesahkan kandugan sy selamat tapi uri sy turun. hanya tuhan sj yg tahu prasaan sy. Sy ikhtiar cara lain. Msk minggu ke 18 uri sy naik sedikit, dr awl sy mula bleeding smpi minggu ke 20 ni sy msh bleeding bewarna coklat seakan2 warna akhir period. Sy tanya pd doc, bg mn anak sy adakh anak sy blh selmt, doc hanya blh m’gatakn rehat yg byk. Tiada ubat hanyalah berdoa pd allah.. Sekiranya uri sy tdak naik by 34 weeks sy kene operate utk selamatkn bb. sy amat risau dn sedih. Baru kali ini lah sy dpt merasai mengandung, ingin melahirkan dn memdidik anak sy sendiri, tp apakh akhirnya kisah ini… semoga allah makbulkan permintaan sy dn suami, amin….

    • fiza berkata:

      askum.. takod bila dengar btopik ni.. fiza dah scan doktor pon ckp uri dbawah tp scan time 5 bln dulu.. tp nanti lepas raya scan blik tgok mcam na.. risau n sedih jugak.. ni pgalamam fiza anak sulung.. walaupun br mencecah 25 thn.. usia pkahwinan 3 thn.. Ya Allah lindungilah kami..

  13. fiza berkata:

    bersabar..

  14. huda berkata:

    Salam kepada semua bakal2 ibu..

    pertama sekali tahniah dan syukur alhamdulillah kepada yg dh berjaya melalui rintangan dan dugaan bertarung nyawa.Sy sekarang 34 minggu mengandung anak pertama. Sepanjang mengandung sy tidak mengalami ape2 masalah atau alahan…sy sgt menjaga pemakanan sy…even asam pn sy xmakan..boleh dikatakan semuanye berkhasiat..susu segar xpernah sy tinggal..
    Semasa kandungan sy masuk 27 minggu, sy seperti biasa membuat pemeriksaan di hospital swasta,Doktor mengesahkan uri sy dibawah dan baby sy kecil. lagi 2 minggu lepas itu, doktor menyuruh untuk sy datg blk utk memebuat scan seterusnye..tp hancur luluh hati sy bila uri sy still dibawah..xdpt sy bayangkan perasaan sy mase tu dan sekarang ni yang hanya menunggu mase utk deliver saje..hanya yg saya mampu berdoa dan terus berdoa, solat hajat dan berinteraksi dgn baby sy dlm kandungan..
    hanya tuhan saje yang mengetahui betapa takutnye sy utk melalui hari2 selepas ini…
    sy mendoakan semuanye selamat dan hanya berserah kepada Allah…Ya Allah ampunkan segala dosaku dan ku mohon segalanye selamat,amin.

  15. yana berkata:

    salam….saya ngandung anak ke3 saya pun mengalami alahan yg teruk…sehingga berulang kali masuk ke wad..usia kandungan saya kini mencecah 23 mgu..selepas bertemu doctor mengesahkan bahawa uri saya terletak di bawah sdikit….saya merasa risau sangat…ya allah…lindungilah aku dan anak dalam kandungan ku..aku mohon

  16. Fakharuddin berkata:

    Assalamualaikum, Sukar untuk ditelan sekiranya masalah kelahiran bayi membawa bencana dan sekiranya difikir sehingga tahap lebih merelakan isteri tidak mengandung adalah lebih baik dari mengandung seandainya tahu yang anak didalam kandungan berisiko untuk dilahirkan, apakn daya, walaupun aku seorang ‘medic’ itu bukan sijil yang menjamin keselamatan pembedahan, Placenta Previa type IV, itu cukup memernjatkan ku, krn aku tahu risiko perdarahannya yang luar biasa mudah terjadi. Seawal 36 minggu isteri telah dimasukkan keward, dan sejak dari itu setiap hari aku dan tiga lagi anakku yang masih memerlukan perhatian berulang alik sehinggalah 2 minggu pada hari ini. Pagi tadi, isteriku menagis teresak2 krn takut pakar anaesthetic telah membuat keputusan membuat pembedehan yang dilakukan pakat O&G under General Anaesthesia (GA)pada 24 hb Dis ini, Jatuh pd hari Jumaat, segalanya bakal terjadi, kumohon padamu yaAllah selamatkanlah kami sekeluarga dari mala bahaya.. Sesungguhnya kau yang mengetahui segala apa yang akal terjadi… Kumohon perlindunganmu selamatkanlah isteri dan kandungannya yang bakal dilahirkan…Amin

  17. husnahabsirun berkata:

    mai azuna..sy penah juga mdgr cerita yg sama sprt yg anda ceritakn..ibu kpd slh seorg kanak2 yg sy jg ditaska..sedih bile mdgrnya..dia seorg pensyarah di politeknik shah alam..sy sgt bsimpati dgnnya..skrg..sy sdg mengandung ank sulong..kandungan berusia 30 minggu..sy mengalami plasenta previa type 3..=(

  18. nurul berkata:

    assalamualaikum…semalam sy pergi ke klinik utk scan….doktor britahu uri saya dibawah sedikit..sy amat risau skrg ini..makan pun tak lalu…tidur apatah lagi la mmg tak lena…saya risau dan takut..

  19. shanaz berkata:

    Salam
    semalan saya baru scan baby 14 minggu 6 hari.. doctor kata uri saya berada di bawah dan menutup pintu rahim.. takutnya hanya Allah yg tahu. Sy berdoa agar uri tersebut perlahan2 naik ke atas dan tidak membahayakan kami dua beranak. Amin…

  20. ema berkata:

    salam…sy sdg hamil anak ke 4..yg mana sy keguguran anak ke 3…semasa usia kandungan sy 25 minggu..doc memberitahu bahawa bayi saya dalam keadaan melintang dn uri berada di tengah2…jg melintang. hari ni usia kehamilan sy 30 minggu dan sy scan skali lg..doc ckp kepala bayi berada di atas dan uri ada sedikit di bahagian bawah dan meminta sy dtg scan semula 36 minggu nnt.. Ya Allah risau nya….saya tkt sgt..kalau blh sy nak bersalin normal seperti anak yg 1st n 2nd…saya tkt sgt n risau..dox ckp bayi boleh pusing lg..tp tak pula doc sentuh pasal uri..harap2 semuanya normal….amin…

  21. siti berkata:

    Alsalam…. skrang saya mengandungkan anak yg ke2, skarang dah masuk 30 mggu.. semalam sy ade pergi buat pemeriksaan perut seperti biasa, apbila doktor scan dan mgatakan uri saya ada di bawah… sy nak tahu ape sebab2 yg mengakibatkan uri bleh turun kebawah.. adakah krana tlalu mmbuat kerja, kerja2 yg berat… prasaan tkut dan risau mula menyelubungi hati sy….

  22. siti noraizah berkata:

    saya disahkan mengalami placenta previa type 1 ..bolehkah saya bersalin secara normal???ini kerana saya telah berjumpa dgn doktor pakar O&G dan mengatakan placenta previa type 1 boleh bersalin secara normal.tetapi kakak saya mngalami masalah seperti saya semasa mengandung,namun yg demikian..beliau tetap d bedah caesar.keadaan ini amat membimbangkan saya…

    • Shuhada berkata:

      Siti Noraizah,
      Sy mengandung 31 weeks, dgn placenta previa type 1 and baby transverse(melintang).So far tiada sebarang komplikasi lain. Cuma gynae sy suruh banyak berehat, no sex at all, jgn angkat benda berat.Nak tahu sama ada normal/c-section, kena tunggu sampai 36 weeks.Dgn syarat no bleeding, baby turn down and uri move up at least 3-4 cm dr pintu rahim.If not, lebih selamat c-section.Skrg ni sy hanya berdoa, solat hajat mudah-mudahan sy dpt merasa bersalin normal utk 2nd baby ni.My first one immergency c-sect sbb fetal distress.

      Sama-sama kita berdoa..dengan izin Allah..Insya Allah kita dapat bersalin scr normal dgn selamat

  23. Derwina berkata:

    salam..saya berumur 33 tahun dan sekarang mengandung anak ke 4..dalam masa yang sama saya di dapati ada kencing manis d tahap yang rendah.sebelum ni saya mengandung x de apa2 masalah dan melahirkan anak secara normal.masalah ni cuma datang pada kandungan ni.tapai dlm masa yang sama sekarang doctor dapati uri saya berada d bahagian bawah dan usia kandungan saya dlm usia 29 minggu.adakah ada kemungkinan kandungan saya berisiko atau uri tu boleh naik lagi.wat masa sekarang tiada pendarahan berlaku.diharap dapat bagi pendapat dan langkah2 apa yang patut saya buat sebelum kelahiran..saya pun mula berasa risau takut terjadi apa2 pada kandungan saya dan diri saya..terima kasih

  24. wawa83 berkata:

    salam…
    sy prgnant anak ke2, 29 mggu skrg.. dalam masa sebulan lepas, ada bleeding on n off sikit2. melekat kat sluar je la.. masa bersama ngan suami pun kuar drh merah.. sekali dua, ingat x der ape.. tp dalam 5-6 kali jgak.. bila g klinik, nurse suh scan n biler scan, dr bgtau uri ke bwh sikit n baby pun songsang.. dr advice jgn buat kerja berat, naik turun tangga, dukung ank, n x leh bersama.

    Dr bgtau, jgn g mengurut ngan bidan, takut nti terbelit tali pusat n lg bahaya. Dr ckp baby boleh pusing sdri lg n sy harap semuanya akan ok lepas ni. Rasa risau juga mula2.. tp esok sy akan g scan skali lg ngan klinik kat sini pulak coz td nurse dh call, dr suh g.. hope smua kembali ok.

  25. Zahrin berkata:

    Bersabarlah wahai para ibu…mungkin itu dugaan dan ujian… Banyakkan berdoa agar kita semua selamat.. Pada kelahiran yang pertama kakak saya juga mengalami pp uri di bawah. kerisauan kami pada masa tersebut memang tersangat risau. Pendarahan sering berlaku sehinggalah kakak saya diminta untuk melahirkan anak pra matang ketika usia kandungan 7 bulan. Baby perempuan.seberat 1 kg 35 g. Kakak disahkan mengandung kembar yg mana salah seorangnya menjadi kecut. Kini anak kakak dah berusia 3 tahun 6 bulan dan sangat comel dan bijak berbicara. kini kakak mengandung lagi 5 bulan. Sekali lagi kakak disahkan uri di bawah. scan sterusnya akan menyusul penghujung bulan julai. Doakan uri kakak saya akan naik ke atas ya. kesian kakak walaupun tutur kata dia nampak macam happy tp saya tahu betapa risaunya alam hati kakak.

  26. Junaidah berkata:

    Salam..minggu lepas saya selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan kerana mengalami PP TYpe 3. Saya telah berada di wad hospital Sg Buloh selama 2 minggu lebih kerana mengalami pendarahan yg teruk dan setelah 2 mggu, saya tidak mampu bertahan lagi apabila saya merasa sakit utk bersalin. Saya dihantar kebilik pembedahan secara kecemasan tetapi malangnya bayi saya meninggal dunia setelah 3 hari berada di NICU.

    Memandangkan saya hanya mempunyai seorg anak yg berusia 8 tahun, kejadian ini benar2 memberi kesan pada diri saya..malah saya mengalami trauma yg teruk. Saya tidak dibenarkan mengandung dlm masa 2 tahun malahan rahim saya hampir2 di buang.

    Di waktu ini saya mengalami kesunyian & seringkali menangis.

  27. semoga yang senasib dengan diriku…tabah menghadapi ujian ini…semoga aku dan suami akan terus tabah..

    • zia berkata:

      setiap apa yang berlaku ada hikmahnya….berlainan pula pd diriku,saya baru juga keguguran kali ke-2 pd usia kandunganku 5bulan..sepanjang sya mengandung tiada masallah tp bila kandunganku mencecah usia 5bln kandunganku mesti gugur,yg pertama girl..kedua boy.perasaanku pda masa itu hanya Allah yg tahu.tp aku bersyukur suami sentiasa memberi semangat padaku semasa aku sedih dan redha dgan ketentuan ilahi..

  28. Junaidah berkata:

    Bersabarlah dalam menghadapi dugaan yang telah ditentukan olehNya..semoga doa kita untuk memperolehi zuriat akan datang diperkenankan Allah s.w.t.

  29. syazreen haziyantie berkata:

    assalamualaikum,
    kandungan saya berusia 31 minggu skrg… saya telah ditahan di wad kerana PP type 2. doktor mngesyorkan saya agar duduk di hospital sehingga bersalin (kira2 dalam dua bulan lagi). saya dah tak tahu mana nak cari kekuatan lg… dalam bulan ramadhan dan syawal saya terpaksa duduk di hospital… bosan mmg la teramat bosan..tapi semua kawan2 bagi semangat agar bersabar dan kuat demi keselamatan anak saya dan saya sendiri.. saya berdoa agar kedudukan uri saya akan naik supaya sampai ke type 1.. untuk pengetahuan semua mengikut pada advise doc… sekiranya PP type 1 kita masih lagi boleh bersalin secara normal.. tp ikut pada keadaan baby la… apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah berdoa pada allah pada bulan yang mulia ini supaya uri naik, baby sihat dan saya boleh pulang ke rumah untuk berbuka, bersahur dan berterawih bersama suami saya… semoga doa saya diperkenankan allah s.w.t…

  30. Junaidah berkata:

    Syazreen..bersabarlah…ikut apa kata doctor & cuba jaga diri & bby baik2 yer…jgn jadi mcm saya..saya masih tak tau lagi saya mengalami PP Type 3 hinggalah saya mengalami pendarahan yang teruk baru lah saya tahu betapa bahayanya…

    Selain tu bykkan berdoa & berzikir sebab pada masa ini hanya Allah sahaja yang mampu menolong insan spt kita ni…
    Insya-Allah semuanya akan selamat..

  31. Zaza berkata:

    Assalamualaikum,
    USia kandungan mencecah 21minggu. Pg td ketika scan, doktor sahkan uri berada di bawah,terkejut dan sedih…
    Seperti melayang semangat..
    Hanya yang mampu sy lakukan adlah berdoa agar semuanya selamat…

  32. mbmb berkata:

    Assalamualaikum,

    Banyakkan bersabar kawan2 ya…saya sekarang mengandung anak ke-5, baru masuk 24 minggu..doktor cakap uri kat bawah…saya tak risau sangat sebab pada kehamilan ke 4, 2thn lepas masa kandungan 28 minggu,uri saya di bawah juga tapi Alhamdulillah, bila tiba masa, uri tu naik semula. Nasihat saya, banyakkan fikir positif dan doa agar semuanya selamat.

  33. zie berkata:

    terima kasih mbmb..lega saya walaupun tadi scan uri masih di bwh U shape..kandungan ke5 ni skrg 22wks . next mth scan lagi..

  34. wan nor aziah berkata:

    Salam.. saya merupakan seorg ibu yg kini mengandungkan anak yg ke-3. kandungan saya berusia 34 minggu dan baru seminggu saya disahkan PP type 2. sepanjang kehamilan kali ini saya mengalami alahan dan kekejangan perut tapi hanya sekali saya mengalami pendarahan tapi xbyk.sepatutnya saya kena berehat di wad untuk jangka yang panjang tetepi saya mtk keiziinan dgn Dr pakar untuk menguruskan persiapan sekolah anak. disini saya ingin bertanya kepada yang pakar atau sesiapa yg pernah mengalami PP adakah saya dpt bersalin secara normal kerana apa yang saya bimbangkan anak sulong saya yang baru menjejakkan kai ke tahun satu masih memerlukan saya sekiranya saya ditahan di wad untuk jangka masa yang panjang.

    • sweetnaniey berkata:

      sy kini mengandung anak yg ke 4..,anak sy yg ke tiga2x…smua lahir dgn normal tanpa ada masaalah..,yg ke 4 ni pula sy mengalami uri di bawah..sdangkan kandungan sy baru masuk 7 bulan..,adakah ini akan mmbahayakan akau dan bayi aku??..tpi memang sy rasa slalu sakit2x dan gerakan bayi pun bole rasa dlm lobang kita…

  35. NOOR AHMAD berkata:

    Saya mengandung anak ke dua selepas lima tahun usia anak pertama saya. Pada kanduangan pertama saya mengandung dan melahirkan secara normal. Selepas pemeriksaan baru-baru ini, usia kandunagan saya telahpun mencapai usia 22 minggu Masalah yang saya hadapi ialah, uri bayi saya berada dibahagian bawah dan saya selalu mengalami sakit dibahagian bawah perut tetapi tidak begitu serius. Adakah hal ini akan menjejaskan kandungan saya atau apa-apa implikasi lain terhadap kandungan saya? Bolehkah kedudukan uri saya berubah selepas tempoh 28 minggu nanti?

  36. Nieda Napi berkata:

    salam…
    saya mengandung anak pertama dan kandungan saya 30 minggu, dah 2 kali sy dimasukkan ke hospital akibat bleeding, masalahnya uri ke bawah…apakah bahaya situasi saya ini????

  37. Junaidah berkata:

    Salam..kepada kawan2 yg kena mcm saya dulu..saya nak nasihatkan…kalau boleh jangan bersama suami dulu kerana keadaan ini akan menyebabkan pendarahan yg teruk..ibarat kita menebuk buah kelapa…begitulah yg doktor pernah bgtau saya dulu..jangan wat kerja seperti angkat barang yg berat..kalau boleh banyakkan berehat..jika ada tanda keluar darah, cepat2 la ke hospital..

  38. shima berkata:

    asalamualaikum… saya skrg hamil 21 minggu..pada awal kehamilan kira2 minggu ke6 saya sudah mula mengalami pendarahan.. boleh dikatakan selang tiap 5-6 hari akan berlaku sedikit pendarahan. sekarang saya masih dalam rawatan pakar O&G. Dr memberi harapan yang uri ini boleh naik namun melihat keadaan sendiri yang mengalami pendarahan pada tiap2 minggu membuatkan saya tertanya2 adakah keadaan ini akan bertambah teruk @ uri akan naik??? saya berharap sangat agar tidak lagi berlaku pendarahan kerana bimbang tidak dapat melahirkan anak secara normal. untuk pengetahuan kandungan ini adalah anak ke2 dan saya pernah melakukan ceaser ketika melahirkan anak pertama…sesiapa yang pernah alami tolong lah kongsi cerita dengan saya yg kerisauan skrg…..

  39. Junaidah berkata:

    Shima…bersabar lah yer…setiap yg berlaku tu adalah ujian utk kita…seperti yg kita maklum,. tiada penawar hanya doa kepada Allah sahaja dgn harapan uri akan naik…jgn bykkan bergerak yer…ikut segala nasihat doktor…dlm kes ni masih ramai lagi org yg bernasib baik yg masih selamat melahirkan anak secara normal..perbanyakkan zikir kpd Allah..kerana pada waktu2 ni la kita mintak tolong kepada Dia…..insya-Allah..sy doakan awak selamat yer…

    • shima berkata:

      TQ kpd Junaidah atas nasihat…sy masih berharap keadaan akan balik sediakala…perkembangan terbaru sy masih sama lg mengalami pendarahn dan agak merisaukan sy krn pendarahan kini beserta dengan sedikit darah beku sperti ketulan darah period, wlbgaimanapun hati sy berasa lega sedikt takala masih merasakan pergerakan bayi…doa kan keselamatan utk sy dan baby.:>

  40. Junaidah berkata:

    Salam Shima..saya rasa awak kena stay kat hospital la..dulu saya keluar ketulan darah juga..& bila byk bergerak, darah keluar mcm air kencing. Condition saya mmg tak baik masa tu sampai lansung tak dibenarkan makan, minum malahan saya tak boleh lansung ke tandas. Even saya baring je, darah keluar mcm tu jugak walaupun baby bergerak tp doc risau darah saya makin berkurangan termasuk baby. Free your mind, suruh hubby buat solat hajat..bykkan berdoa & berzikir..saya harap segalanya sihat yer..
    Dengarlah nasihat saya ni..sbb kalau pendarah terlampau byk kemungkinan juga rahim kita akan dibuang..

    • shima berkata:

      TQ atas nasihat… mcm akak ckp sy bru je kuar dr hospital beberapa mggu lalu..Dr suruh stay kt wad utk rest…alhamdulilah after kuar wad ni dh xde bleeding tpi ape yg menyedihkan sy pnya PP type 3 dan anak plak songsang…sy sedih sangat..mggu dpn sy akn dimasukan wad semula atas nasihat Dr untuk keselamatan saya n baby sehingga bersalin. doa kan sy selamat.

  41. Pn Siti R Syarah Syafei berkata:

    saya mengandung 13mggu.anak kedua.anak pertama 3tahun.lahir normal alhmdulillah tak ada masalah. sy ke klinik kesihatan sek 19 pg tadi utk scan. doctor ckp uri di bawah.kene scan 28minggu nanti. sy stress.dan menangis.sy trus search kat internet tentang uri di bawah. sy jumpe laman web ni.alhmdulillah.lepas baca semua komen2 drpada akak2.dan abg2 di atas.saya jadi kuat! saya kena kuat.sebagai ibu. demi anak dlm kandungan . Insyallah semuanya akan ok..PadaMU Ya Allah.kami berdoa dan BERSERAH.

  42. Junaidah berkata:

    Salam kepada Pn Siti R, saya doakan moga segalanya baik2 sahaja yer…jgn stress sgt..

    • Pn Siti R Syarah Syafei berkata:

      tq Pn Junaidah..sy pun berharap kita semua dapat melahirkan anak yang sihat dan semuanya selamat..insyallah 🙂

  43. su pendang berkata:

    assalamualaikum….sy hamil 18 minggu…minggu lps scn klink krajaan nurse mengatakan uri dibawah ….susahnya hati sy….apa yang nak dibuat jadi takut2……sy berdoa kehadrat ilahi supaya uri akan berubah naik ke atas…..ya allah tabahkan hati….

  44. aida berkata:

    Salam kekuatan buat semua,
    anak pertama dan kedua sy lahir secara normal walaupun sy mengalami uri bawah pd kehamilan kedua. kini sy hamil lg (28minggu) dan disahkan uri bawah sejak usia kandungan 16minggu lg. mengandung dan bersalin tanpa risiko pun cukup utk buat bakal ibu rasa takut ini kan pula mengandung dengan risiko uri bawah. berdasarkan pengalaman mengandung dan melahirkan anak kedua; sy mengalami pp krn biasa mengalami kesukaran membuang air besar, sembelit, mengangkat benda berat (>3kg) dan mungkin juga kerap travel jauh. apabila terasa sakit ketika bersama suami, kami ubah dan cuba posisi yg lebih selesa utk bersama. Dari pengalaman dan pemerhatian sy, kedudukan sujud yg betul banyak membantu masalah sy. dulu sy lbh banyak solat dlm keadaan duduk krn sy rasa kurang selesa utk sujud dan iktidal, tapi selepas menonton halaqah “sujud sesujudnya” sy cuba utk sujud dan solat spt biasa. pd mulanya mmg sedikit kurang selesa, namun alhamdulillah kini sy lbh selesa dan kejang perut kurang menyakitkan.. minum air kurang manis dan air kosong lbh banyak membantu bayi kita ‘berenang’ mmbetulkan kedudukannya, makan oat 5 sudu besar bersama susu setiap hari membatu melembutkan najis. menyerahkan diri dan kandungan (tawakal) kepada Allah SWT membuatkan kita rasa tenang dan selamat. Yakinlah, bahawa tiap2 yg terjadi pd kita adalah yang terbaik buat kita krn Allah tak pernah zalim terhadap hamba-Nya.

  45. Junaidah berkata:

    Salam kepada Su Pendang..insya-Allah..semuanya akan selamat..Pn Aida, komen anda amat membantu kepada rakan2 kita yg turut mengalami pp..terima kasih..yakin lah bahawa Allah bersama2 dengan kita..insya-Allah..

  46. aryurose berkata:

    Salam, kandungan saya dah berusia 21 minggu. Last week ader bleeding cikit.. Pas scan doktor kata uri di bawah.. anak 1st saya lahir secara czer. Doktor cakap insyaallah uri boleh naik semula tap ader jugak kemungkinan uri tersangkut di parut operate lama.. Betul ker uri boleh tersangkut pada parut lama??

  47. melor berkata:

    Salam,hari ini merupakan hari ke 2 saya buat check up dan kandungan dah masuk 18 minggu,2 minggu sblm ni saya mengalami bliding tanpa saya sedari sebab saya xrasa sakit pun sedar2 saya rasa xselesa dan rasa basah di peha saya ,esoknya saya check up kat hospital n doc check uri saya kebawah,n hari ni saya check up lagi keadaan baby saya ok,cuma uri masih lagi ke bawah..anak 1st ok dlm tmpoh mengandung,masuk ke 2 ni situasinya lain..rasa takut juga coz doc inform kalo bliding yg terlalu byk boleh mengancam nyawa ibu dan anak..dan doc sarankan agar saya tidak buat keja yg berat2,jangan turun naik tangga kerap sangat..n buat sekarang xbole bersama dgn husband,saya berdoa kpda Allah agar uri itu akan berada di kedudukan asal dn baby sihat dan selamat sampai waktu kelahirannya ..amin..

  48. Fira hamiid berkata:

    Sngat bermanfa’at ,ini kehamilan pertama saya, dan sa’at kandungan 5 bulan sya dip0nis dngn uri2(placenta) turun kebawah. Dan sdkit pendarahan namun tdk terasa sakit, skrng kehamilan saya sudah 8 bln saya harap baik2 saja.

  49. erynn berkata:

    salam,sy mengandungkan ank ke 2.kandungan yg pertama,alhamdulillah ok,n normal…..saya baru buat check up kt klinik smlm, kandungan sy skang da 28 minggu,mggu dpn 29 mggu….doc ckp uri sy ke bwh sedikit…..sy risau,ape yg perlu sy buat??doc suruh jgn lasak2 sgt…sy tkut dan risau sgt..

  50. mazliena berkata:

    salam,kini saye mngandung 5bln anak yg ke 4 tetapi kandungan kali ini saye mngalami masalah uri ke bawah dan pendarahan yg banyak tanpa henti.pendarahan berlaku sejak kandungan 4bln sehingga sekarang(5bln) sudah hampir sebulan darah tidak henti2.ad masenye terpakse menukar pad sehingga 7/8pad.saye terpaksa di tahan oleh pihak hptl krn pendarahan yg saye alami tetapi slps 6hari saye telah di benarkan pulang kerana doktor tak bole nak lakukan ap2 di sebabkan anak di dalam kandungan sihat,cume doktor berpesan jika berlaku pendarahan yg memudaratkan dan mngalami sakit di perut doktor syorkan saye ke hptl dgn segera.apabila saye hamil pada 8bulan saye di haruskan ke hptl semula untuk doktor melihat keadaan uri saye dan jika uri masih di bawah saya terpakse di tahan semula sehingga saye bersalin tetapi bkn bersalin normal.kini saya berharap sangat agar Allah swt tunjukkn kekuasaannya.saya hanya mampu berdoa dan berserah kepadanya.kandungan kali ini amat merisaukan saye kerana pendarahan yang saya alami.

  51. odah nilai berkata:

    Saya mengandung anak ke 4 dan skrg saya telah mencapai 32 minggu. maalah saya adalah uri saya di bawah tahap 4, saya telah pergi ke hospital serdang dgn surat yg diberikan oleh doktor kkik nilai, sepatutnya kata doktor saya akan ditahan wad, malangnya tiada ditahan. Cuma menurut kata nurse tersebut sekiranya berlaku pendarahan saya diminta pergi ke hospital yg terdekat iaitu imergency room. saya teramat risau…kerana saya pergi ke klinik lain inform bahawa melibatkan nyawa.

  52. rozza berkata:

    Semoga Allah mempermudahkan segala2nya,hanya Dia shja yg Maha Mengetahui….

  53. sueila ismail berkata:

    Salam sume..harap tabah hadapi ujian ni..saya pun alami pp typ 2 posterior..dah tiga minggu berkampung diwad..demi keselamatan nyawa beby dan saya,anak2 yang masih kecil terpaksa ditinggalkan..esok pakar akan scan semula.saya berdoa agar uri saya dapat kembali semula ke atas seperti sepatutnya..banyk lagi rasanya amanah dan tanggungjawab saya pada anak2 yang belum selesai..sama2 kita berdoa demi keselamatan kita semua yer sahabat..

  54. I personally want to know exactly why you branded this post, “~bahaya uri di bawah~
    PermataHati.com (\,)”. In any case I appreciated the
    post!Thanks for the post-Lilian

  55. faizah arbain berkata:

    Salam, saya pun sedang berada di wad. Mengandung anak ke 5, sejak 6 buln asyik spoting, bila scan Dr. Kata o.k. bila gi Kpj baru ni baru tahu ada PP posterial type 2, terus kena dok wad HTAA Kuantan…..tahu ada PP masa 33 week. Dr. Kata mungkin kena ceaser dah bagi tarikhnya 30 hb 4 2013 ni….doakan saya dan baby selamat ye….masih berkampung di HTAA ni sampai sebulan….AllahuRabbi, moga Allah mudahkan semua….

  56. nadia berkata:

    memang rasa takut bila tau uri kat bawah… tp saya berserah dan akan usaha utk terus bersujud. semoga saya dan kandungan selamat. amin..

  57. ieybu sempoii berkata:

    Saya juga begitu scan 28w disahkn uri bwh type1V..saya tgl dihospital awal ramadan dan beraya dicini..bile dibuat scan sekali lg aku dpt berita y uri ku melekat bersama rahim..doc memberitahu rahim ku akan dibuang..mmg besar dugaan hndak kutmpuh macam2 aku pikirkn..airmate jd peneman seharian.. Alhamdulillah aku dpt kkuatan tok mnerima ujian Allah..sekarang aku berharap tiada pendarahn n msalah sehingga tarikh operation 9/9 ni..semoga Allah melindungi aku dan anakku supy selamat..

  58. alieezah berkata:

    ..kalo mcam kes kwn sy ne plak mcam mna ? Dy hamil da 4bulan lbih n uri dy dbawah . Tpi dy maw kasii gugur kndungan ny.. ap efect ny ek?

  59. Anie berkata:

    Kenapa nk gugur ??uri akan berubah kedudukan selepas 28 minggu ,kesian baby

  60. AuroraDíez berkata:

    How does Titan gel work? The unique substance delivered the expected effect even if obtained with primitive methods or used irregularly. Thanks to the modern methods of making the extract and its combination with many natural active substances, the creators of “Titan gel” managed to achieve an impressive result! Only 100% natural components were used to create the product. http://titangel-in-philippines.com/#5 Sa katotohanan, mahalaga ang lahat ng mga bagay. Matututunan mo kung paano maging isang mabuting kasintahan. Batay sa tradisyonal na mga resipe sa Silangan ang aking unang karanasan ay mga tableta kung saan nagresulta sa aking biyahe ng hindi inaasahang pangyayari.

Tinggalkan Jawapan kepada Junaidah Batal balasan