~kucing jejas kehamilan~

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:

* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.

Sumber:Utusan Malaysia

About these ads

17 Responses to ~kucing jejas kehamilan~

  1. intra berkata:

    ouh.. artikel yang bagus.. tak sempat plak nk bace kat utusan malaysia.. anyway thanks for the post….

  2. mie berkata:

    kesian kucing kena tuduh

  3. lily berkata:

    Apakah tanda-tanda jangkitan pada ibu mengandung?

  4. siti rodhiyah berkata:

    Apakah kucing juga bahaya pada pada orang yang inginkan anak?

  5. Azura berkata:

    Kak Siti,
    Saya ada bwt bbrapa search & saya jumpa info especially utk org yg inginkan anak..

    najis kucing ni mmg ader bakteria, jadi digalakkan bila ader najis di litter box tu..kita kena terus buang & jgn ambil masa smpai 2-3 hari..

    Najis bahaya pada org yg inginkan anak & lebih lagi pada yg sedang mengandung.

    Tapi pada mereka yg sudah bela kucing, masih boleh terus bela kucing asalkan bile nk buang najis kucing perlu pakai glove & terus cuci tgn bersih2 lps buang najis kucing..

    Bakteria ni bkn saja pada kucing, klu tak bela kucing pun tak guna juga sbb kalau kite masak daging tak masak sepenuhnye sbb bakteria ini ada dlm daging mentah..

    Sekian info..

  6. elis berkata:

    saya ada membela kucing.dlm masa yang sama skrg ni saya tgh pregnt 2bulan lebih..dan saya memang btul2 menyayanginya..setiap hari dia tidur dengan saya..tapi dia buang air dalam toilet yg saya gunkan sama..tp saya tidak sentuh sisa tinja tu..apa yg merisaukan sy, adakah parasit tersebut boleh tersebar kpd saya?

  7. Azura berkata:

    Cik Elis,
    Tahniah sbb awk da pregnant..

    Sperti yg dpt kite bc dlm artikel diatas, ada mnyebut ttg skiranya sukar utk buang kucing ketika mgandung..kita boleh mngambil langkah2 pre-caution..

    Cuba elakkan contact dgn najis kucing apatah lagi semasa dlm kehamilan. Minta la pd husband utk bersihkan najis kucing.

    Waktu tidur pula,klu bleh jgn smpai stiap ari dia tidur dgn awk..sbb takut ader sisa2 sikit pada bahagian punggung kucing yg msh belum dibersihkan..

    Satu lagi yg Cik Elis kena fhm, cuba search di internet..
    Ada dinyatakan bahawa parasit yg sama bkn shj ada pada najis kucing tapi juga ada pada:-
    1. Telur yg tidak dimasak dgn betul
    2. Daging yg tidak dimasak dgn betul (sparuh msk)
    3. Sayur2 yg tidak dibasuh dgn betul

    Jadi semua penyebab bukan hanya patut tertumpu pada kucing sedangkan ade byk faktor2 lain yg akan mewujudkan parasit ini..

  8. ZAIDATUL NAZEERA berkata:

    salam….sy nk bertanya.Mcm mana pulak dgn bulu kucing?Bahaya tak pada ibu mengandung?

  9. CHRISTINA berkata:

    sy ada bela kucing …saya mengandung 3 bulan…

    apakah harus sy buat?

    buang kucing tersebut atau sebaliknya…?

  10. intan berkata:

    Saya bru di sah kan mengandung..sy sudah membela kucing selama 6 bulan..sayang tuk berpisah dengan nya..sy ingin bertanya kucing sy bersih dan selalu mandi 1 mggu sekali..malah kucing tersebut tidak keluar rumah..soalan sy..adakah parasite tersebut masih ada pada kucing jika tidak terdedah di kawasan luar? adakah vaksin kucing boleh membunuh parasite tersebut?

  11. info kesehatan berkata:

    makasih infonya…mampir balik di info kesehatan

  12. she berkata:

    Informative Thank u., walau bagaimana pun saya lebih setuju amalan kebersihan cara islam. Jaga bab taharah ni & jga kebersihan & suci semua tempat dan jdikan amalan adlah lbh baik. Perlu kita ingat, Kucing adalah haiwan rumah yg di sayangi rasulullah & baginda pernah menyatakan bahawa kucing adlh haiwan yg bersih.. :)

  13. Nana berkata:

    Sy skg pregnt 4bln..alhamdulillah setakat ni xde msalah pd kandungan wpn family ade bela kucing parsi 4ekor..1ekor d’lpskn dlm umah..nway sy jgk sering b’ingat n b’jg2..klau nk usik sy tawakal saje..

  14. aireen berkata:

    sy mengandung 3 bulan, ada bela 2 ekor kucing..sayang nk buang, x sampai hati sb kesian..lgpun itukan binantang kesayangan nabi.. sy perlu ambil langkah berhati2 dlm uruskan kucing.. lepas sy bg dia makan, bersihkan dia n main2 dgn dia, sy akan bersihkan diri sy..pd ibu-ibu mengandung yg lain, yg suka pada kucing, sy nasihatkn tak perlu sampai nk buang kucing, x baik aniaya kucing, tp pengendalian dan penjagaan kucing tu mesti tepat dan sentiasa bersih…insyaAllah kita dan bayi selamat dr sebarabg jangkitan…

  15. Ibu hamil berkata:

    Saya sekarang sedang hamil 4bln..dr bulan ke2 sampai ke4 kehamilan ni saya sedang menjaga anak kucing yg berusia 1bln lebih,saya sayang nak buang 3 ekor anak kucing ni sebab amanah dari kawan saya,sebelum ni kawan saya ni pernah membela anak kucing yg baru lahir,tetapi banyak yang mati sebab tak terjaga,sebab tu saya pikul amanah dr kawan saya ni untuk bagi dia hidup,alhamdulillah sekarang anak2 kucing ni dah umur 2bln lebih,baru seminggu saya lepaskan dr sangkar sebab takut kesihatan kucing2 tu terganggu.sepangjang kucing2 tu dalam sangkar saya yang uruskan makan minum dan najis sekali..tapi lepas tu saya basuh tangan saya guna dettol..nak tanya,selamat tak saya dr jangkitan tu kalau saya basuh pakai dettol?..alhamdulillah lah sekarang kucing2 tu dah pandai berak kat pasir khas kucing,kadang2 kucing2 tu berak kat tanah je…doakan saya tak de apa2 efek pada bayi saya nanti…ameeennn

  16. noorzulaidah berkata:

    Saya baru hamil 2 bln. Saya tidak lah membela kucing pun. Ada kucing dtg dari mana duduk kat pintu rumah. Bila saya keluar rumah kucing meow2 mintak mknanan. Sy kesian plak saya bagi makanan. Ada gak kucing mengesel2 badannyer ke kaki sy, tp sy biar ajer. Tak kan nak tedang plak. Adakah saya juga boleh terdedah sebarang jangkitan. Sedangkan saya tak pernah sentuh najisnyer cuma bagi makan jer..,, please tolong saya… risau gak ni

  17. mama wana berkata:

    tq atas perkongsian yang menarik & berinformasi ni :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: