~tanda lahir tidak membahayakan bayi~

Apa dia tanda lahir ?

SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Jenis tanda lahir

1) Tanda lahir merah

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.

  • Macular – Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.
  • Hemangiomas – boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.Port-Wine Stains – satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.

    2) Tanda lahir pigmen

    Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.

    Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.

    Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.

    Kaedah Rawatan

    Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

    Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

    Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.

    Sumber:Berita Harian

  • About these ads

    39 Responses to ~tanda lahir tidak membahayakan bayi~

    1. Erna berkata:

      Saya mempunyai anak yang sekarang berusia 5 tahun.anak perempuan saya itu mempunya tanda lahir diatas puser yang berwarna kebiruan dan terlihat menonjol dan terdapat bulu halus.saya takut tanda lahir itu akan membesar dan melebar.tapi sejauh ini tidak membesar dan tidak ada keluhan apapun.saya sudah konsultasikan pada 2 dokter spesialis anak tapi satu dokter mengatakan tanda lahir itu harus dibuang/dioperasi karena semakin besar anak saya akan semakin melebar tapi dokter yang satunya lagi mengatakan bahwa tanda lahir itu tidak perlu dibuang karena efek dr opersi mungkin akan membahayakan.bagaimana solusinya apakah harus dioperasi.saat ini saya berada di Cilacap jawa tengah.

      • Moy Pradnya berkata:

        saya jg punya anak yg mengalami PORT WINE STAIN diwajahnya dan diatas mulutnya.tp sjak umur 8 bulan anak saya sdh ke dokter spesialis kulit diSurabaya utk terapi laser PDL.sekali terapi hasilnya sdh kelihatah.emang biayanya ga murah

    2. Chida berkata:

      Menurut saya sebaiknya, ibu terus ikuti perkembanganya. apakah tanda lahir tsb trus melebar atau diam, kalo melebar tentu harus segra di lakukan tindakan mungkin dgn laser atau operasi akan tetapi bila diam,sebaiknya tidak usah di apa-apain. kebenaran anak saya najla,9 bulan,pada umur 1 minggu tiba2 muncul tanda merah disekitar kepala,dahi hingga matanya,sy konsultasi ke dr kulit ktnya najla kena hemagioma,memang pada usia 2 sampai 6 bulan tanda tsb trus melebar, syukr alhamdulilah sekarang tidak lagi,pd umur 3 – 4 bulan saya concern melakukan laser therapy krn tandanya trus melebar dan menonjol,syukr alhamdulilah sekarang tidak lagi.

    3. sakura berkata:

      saya berusia 19 tahun..sejak kecil lagi saya mempunyai tanda lahir..semasa kecil tanda lahir saya hanyalah kecil sebesar 10sen..meningkat dewasa tanda lahir saya merebak sehingga ke dalam mata da di pipi sebelah kiri..saya amat malu bile berhadapan dengan orang ramai..tambahan pula sejak kecil saya sering dihina..pelbagai cemuhan perlu saya hadapi..ada yang pangil tompok lembu..saya sedih..tapi sume nie saya terima dengan redha.Bila melihat kecantikan rakan2 saya sangat cemburu..saya juga ingin menjadi seperti mereka..saya juga ingin makeup seperti org lain..tlgla bantu saya..apa rawatan yang perlu saya lakukn??saya juga ada memberitahu hasrat saya untuk membuang tanda lahir pada keluarga..tapi mereka memberitahu yang mereka tidak mampu untuk membuat rawatan ini..tambahan pula ibu saya sakit..saya juga ada perasan..tapi saya sudah tidak tahan untuk mendengar cemuhan orang..bagaimana saya nak menghadapinya dengan orang luar??

    4. shamni berkata:

      to sakura…

      banyakkan bersabar,anyway biarla orang nak kate ape pun..cube sakura fikir sejenak…
      masih ade lagi insan yang lebih derita dan kurang upaya daripada sakura..mereka terpaksa teruskan hidup ini walau ape pun ujian dan rintangan….kerana tanda lahir jangan merasa diri terlalu hina..lihatlah mereka mereka yang OKU…sakura sepatutnya bersyukur kerana diberi sihat tubuh badan dan sempurna fizikal mental..pandangan masyarakat sekeliling memang tak dek yang sempurna..hanya mereka mereka yang memahami sahaja yang tak kan perlakukan kita sebegitu..ape yang telah ditetapkan itu mungkin ade hikmat disebaliknye..ingat jangan kecewakan diri…bangkit dari kelompok cemuhan itu..semangatkan diri untuk jadi yang terbaik..ingat selalu masih ade yang lebih malang dari sakura…ingat jualah tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa yang tahu,berkat kesabaran dan jayakan diri boleh membuahkan tuah pada sakura..mulut manusia yang suke meghina kekurangan orang lain memang tak bleh kita nak tutup..bersabar dan berdoa….

      saya memahami keadaan sakura..kejarlah cita cita menjadi orang berjaya..jangan kerana cemuhan sakura hilang semangat untuk hidup..insyaALLAH, saya doakan sakura dimurahkan rezeki dan di mudahkan urusan selalu…kalau nak buat rawatan pun, usahakan dengan kesabaran, suatu hari pasti kan pulih…

      * nanti bila dah dapat kerja yang bagus2, cuba pegi jumpa doktor pakar kulit, kalu tak mampu kat spital kerajaan pun boleh, buat rawatan susulan…setahu saya, masalah ni boleh dibincang,dan di buat berperingkat2 mengikut keadaan tanda lahir itu*..

      *kalau nak cube pun boleh gak petua orang2 tua,tak tahu la menjadi or tidak, sapu ngn air kelapa madu berserta ngn selawat*

      *satu lagi petua, asah emas dengan beberapa titik air,lalu di sapu beserta ngn selawat*

      (petua nih diamalkan mase baby)tapi cubelah kite berikhtiar..

      ok take care to sakura..

    5. shamni berkata:

      salam.

      kalau sakura terbaca blog ni bleh tinggalkan email…………….

    6. norlizan berkata:

      Banyakkan bersabar sakura.Bukan awak seorang yang menghadapi masalah ini.Saya juga seperti awak.Saya berumur 26 tahun, bezanya saya telah pun bekerja.Saya mempunyai rupa paras yang agak menarik, syukur pada Tuhan di atas pemberian Nya. Namun di sebalik itu saya mempunyai tanda lahir di pipi saya sekaligus mengurangkan kenyakinan saya untuk berdepan dengan teman lelaki saya yang mana akan bergelar suami saya. Baru-baru ini teman lelaki saya telah meninggalkan saya. Saya sudah beberapa kali bercinta tapi gagal semuanya putus di tengah jalan.Kali ini saya betul2 rasa down.Bukan saya tidak bersikap optimistik, saya sentiasa berdoa kepada Allah agar dihilangkan tanda lahir ini, bukan kerana orang lain tapi sebab untuk bakal suami saya.Sudah banyak tempat saya tanyakan untuk hilangkan tanda lahir ini.Tapi kebanyakkan memberi jawapan sukar sebab tanda lahir saya ini jenis yang tak nampak, maksud saya bukan timbul.Di manakah hospital atau klinik yang menyediakn rawatan untuk hilangkan tanda lahir saya ini?sesiapa yang mempunyai cadangan tolonglah bantu saya

    7. mira berkata:

      saya berusia 13thn..dari kecil sampai sekarang saya mmpunyai tanda lahir…diatas tangan kiri yg berwarna merah…apa yg harus saya lalukan…adakah tanda lahir saya boleh dihilangkan…saya rasa malu krn kwn-kwn saya slalu ejek saya…????

    8. noras berkata:

      anak sy berusia 8bln juga mempunyai tanda lahir merah.ms lahir saya xtahu tanda ini akan membesar.sekarang besar kira2 besar ibu jari dewasa.

    9. koy berkata:

      Adakah tanda lahir pada kelopak mata masih boleh dirawat menggunakan rawatan laser?
      berapa kos rawatan ini?
      tq.

    10. ita berkata:

      saya pun mengalami masalah yang sama sepeti koy. terdapat tanda lahir pada kelopak mata. tanda lahir itu kelihatan dan ia berwarna koko. saya selalu berasa rendah diri di depan teman lelaki saya dan orang ramai. bagaimanakah untuk menghilangkan tanda lahir itu ? adakah ia boleh dirawat ? apakah rawatan yang sesuai ?
      tolonglah bantu saya.

    11. rina berkata:

      saya pun sebenarnya senasip juga ..masa kecil tanda lahir saya ada di mata sebesar duit 5 sen.tetapi bila saya meningkat dewasa ia semangkin membesar ke bahagia tepi muka saya hinggalah sekarang.saya ada juga perasan malu terutama pada rakan-rakan.kekadang terfikir kenapa adik-beradik yang lain tidak ada kenapa diriku.bila fikir semula mungkin ini ujian dan dugaan terimalah dengan redha..mungkin ada hikmah disebaliknya.cuma saya bersyukur kerana suami dapat menerima seadanya.

    12. nur berkata:

      ank saya berumur 5 thn dan mempunyai tanda lahir di pipi seperti panau sejak baby lg. saya amat khuatir bila besar nnt tanda lahir akan membesar dan akan rasa rendah diri. saya telah bw berjumpa doktor dan hanya diberitahu utk membuat rawatan laser. tetapi pelik juga bila saya cuba cari info tetapi tiada maklumat mengenai tanda lahir yg berwarna putih seperti panau.

    13. azie berkata:

      @nur

      Rasanya anak kita hadapi tanda lahir yang sama. Saya jugak mencari info yang sama. Masih tercari2.

      • eyda berkata:

        tahun ni rama bby ade tnda lahir.ank saya pon ade jgk di dahi,warna coklat..saya dgr ade org kate bole alih,ade sesiapa tahu dimane lokasi tu?yg saya dgr di sblh pantai timur ( dungun )..

        • liana berkata:

          cik ieda,
          rawatan di HKL paling berkesan. saya sedang menjalani rawatan tersebut. tak kira kanak2 ataupun dewasa ada menjalani rawatan tersebut.

    14. ieka berkata:

      saye brumur 18 thun..mmpunyai tnde lhir d antre dahi ke kelopak mate knan hnge pgkal hdung bhagian knan wjah saye yg d knali port-wine stain..nmun,tnde lhir ini tdak bgitu klihatn krn sy brtdung..saye brsyukur ini adalah krniaan Allah dan x smue insan dpt tmpuh dgaan sperti saye..tp sy malu utk mlnjutkn plajarn krn bmbg bkal d sisihkn sprtimne zmn prskolahn sy..sy mmasang angan ingin mmbuang dgn mggunakn rwatn laser bile dwase kelak..krn tnde ini sdikit sbnyak akn mmbri ksan trhdap diri,org luar & karier individu..
      tp apekah hkum mmbuangnye mngikut islam?

    15. Hj saipul berkata:

      anak saya baru lahir..tapi ada tanda lahir berwarna coklat kehitaman…boleh buang tak?

    16. nor aishah jailani berkata:

      saya mempunyai anak perempuan yg ada tanda lahir bewarna hitam kebiruan di muka sebelah kiri.skrg ank saya berumur 11 tahun..semasa lahir tanda lahir itu tidak kelihatan tapi lama kelamaan ia membesar dari dahi sehingga pipi..seorg dok pakar kanak2 yg berbangsa cina menasihatkan saya pergi ke hospital kuala lumpur (HKL) untuk membuat rawatan laser..ini kerana anak buah beliau (perempuan) pernah membuat rawatan laser disitu..dia membuat rawatan laser pd usia 17 tahun selama beberapa sessi.dan tanda lahirnya hilang sampai sekarang…pada masa itu terdapat seorg dok pakar laser di jabatan dermatalogi..jadi doktor kanak2 tersebut menasihatkan saya pergi segera sementara doktor dermatalogi tersebut masih ada di situ..(kerana khuatir doktor tersebut berpindah ke hosp swasta)..maka saya terus pergi ke HKL.(pada masa itu anak saya berumur 4 tahun..saya dikenakan bayaran pendaftaran rm30 shj..(kerana saya menggunakan surat dok swasta)..rawatan selanjutnya hanya rm5 setiap sessi..kalau budak2 sekolah bawa surat sekolah tak perlu apa2 bayaran..oleh kerana anak saya masih kecil, dia perlu dibius dulu sblm rawatan.jd dia harus puasa pd sblh mlm nyer..malangnyer anak saya demam dan x dapat dibius..tp selepas itu anak saya tak mahu lagi pergi hospital kerana dia dah takut..(sebab masih kecil..)anak saya kata dia nak buat rawatan tersebut pada umur 17 tahun kerana nanti tak perlu bius sbb dia boleh tahan sikit sakit bila dilaser nnti..menurut doktor pakar kanak2 saya, doktor pakar kulit tersebut telah berpindah ke swasta tp ada pengganti doktor lain..insya allah bila anak saya bersedia saya akan ke HKL utk rawatan. saya tidak memaksa terpulang kepada dia…

      • ibu berkata:

        aishah,,kalau terbaca balas email ni,,,tq

      • liana berkata:

        Saya berumur 28 tahun dan sedang menjalani rawatan laser di HKL. minggu lepas dah 6 kali rawatan saya jalani. memang nampak hampir hilang tanda tersebut. memang saya juga sarankan agar anda yang bermasalah macam saya untukk dapatkan rawatan disana..

    17. nadhirah berkata:

      saya berusia 23 tahun. saya juga mempunyai tanda lahir di muka. tanda ini tidaklah besar sgt tapi cita cita sy untuk menjadi pegawai polis. dan ini boleh menghalang sy. sy bercadang untuk mendapatkan rawatn laser di klinik swasta..ade sesiapa tahu berapa kos yg diperlukan..dan ade tak hospital kerajaan yang menawarkanrawatan untuk membuang tanda lahir di muka…pleeezzzz…ade sesiapa yg tahu….

      • liana berkata:

        cik nadhirah,
        tak salah untuk memperbaiki mana2 cacat cela…kita ikhtiar, dan saya juga telah mencubanya.kini saya menjalani rawatan ke 6..memang ada perubahan..paling jimat kos di HKL..cuba lah…insyaallah 99% pulih…

        • nadhirah berkata:

          sakit tak..? dan mahal x kos rawatan..?

        • liana berkata:

          sblm laser dia sapu krim bius kat tempat yg nak dilaser..sakit gak tp sikit la sbb dah sapu krim tu…rawatan murah je,pendaftaran RM30 patu rm5 utk rawatan susulan..mesin laser ni kos anggaran rm1 juta lbh..sebab tu klu wat kat klinik swasta, makan blanja beribu2 utk rawatan..better g hosp. krjaan,satu2nya HKL yg ada mesin laser tu..rwtn ni 2 bln sekali..kira dah dekat setahun la sy wat…hope raya thn ni muka sy dpt pulih sepenuhnya..nadhirah ada tanda yg camne n warna apa?

        • nadhirah berkata:

          tanda ni bkn dr kecik jgk..sebab mase sy kecik benda ni x de…bile dah besar baru die mcm nampak membesar..tapi saiz die x lah besar sgt..tp nampak jgk la kat pipi..warne hitam..tapi rasee cam takut plak nak g kat hospital..biase die tnye ape eh?

        • liana berkata:

          nadhirah cuba call 03-26155254 utk pertanyaan lanjut..tp apa2 pun hospital ni memerlukan surat rujukan dari mana2 klinik utk wat rawatan tu

    18. bieyla berkata:

      kalau buat rawatan laser x mengubah ciptaan Tuhan ke?

    19. nadhirah berkata:

      nak rujukan..? maksudnye? kene pegi cek kat mane2 klinik dlu ker?

      • liana berkata:

        aah..minta refer letter dari klinik swasta dulu..cuba la call no tu utk pertanyaan lanjut.

        • ekin berkata:

          hi liana.. ank saya juga ada tanda lahir di dagu,tanda lahir tu brwarna coklat kehitaman seaakn tahi lalat. tp sizenya lonjong da agak besar.sy sgt risau takut semakin mmbesar. boley sy tau if tanda lahir yg gelap seperti tu boley dihilangkn atau tdak dgn rawatan leser di hkl.

    20. nadhirah berkata:

      ok..time kasih liana..

    21. cc : liana
      mmg betol ke bole buat kat HKL ?

    22. Shammahsa berkata:

      salam pada semua..saya ada masalah sakit belakang sejak tahun 2011.stelah buat MRI dr sahkan sy ada hemeianggioma pada tulang belakang (T12).masalah saya tidak dapat lakukan kerja kerana sakit pada bahagian tepi dada kiri dan kanan dan sakit apabila baring .saya telah cuba ubat yg pakar bagi tapi setakat ni belum ada kesan..dah banyak supliment juga yg saya guna ,terbaru saya cuba kaedah mesin terapi tapi masih tiada kesan.setakat ni dah beribu wang saya belanjakan utk cari penawar ini.harap sesiapa ada pengalaman dan tahu kaedah yg terbaik utk saya,tolong lah bgtau atau sendkan ke Facebook sy Mohamad hisam aziz @ no phone 0177585274..

    23. rina berkata:

      saya ada anak mempunyai tanda lahir dipipi sebesar ibu jari…saya buat laser klinik swasta dijb..kos rm300..klau bius rm600..mahal jgk tapi terpaksa buat coz ank prmpuan kan….

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: