~soaljawab: menghadapi sembelit kanak-kanak~


Soalan:

Doktor,
Bayi saya dilahirkan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Dermatitis Bulossa, kini berusia 7 bulan. Sistem perkumuhannya (buang air besar) amat payah, kadangkala sehingga muntah-muntah. Saya tidak sampai hati melihatkan keadaannya itu. Saya ingin bertanya kepada doktor apakah pemakanan yang terbaik perlu saya sediakan untuknya. Segala maklum balas amat saya hargai. Terima kasih.

Jawapan:

Sembelit

Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat atau fiber, ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.

Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu; bila najis itu keras, kering dan besar atau; apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.

Menghadapi masalah sembelit

* Berikan air yang lebih

Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih senang melalui usus.

Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.

Selain itu, boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.

* Makanan kaya serat

Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.

Serat ini tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui sepanjang usus.

Sementara itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan pergerakan usus.

Serat ini lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.

* Senaman yang cukup

Aktiviti fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan berbasikal.

* Jadual pemakanan yang tetap

Makanan merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.

* Mewujudkan suatu tabiat tandas yang baik

Jika kanak-kanak itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.

Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-kanak, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.

Sumber: Utusan Malaysia (24/09/2006)

About these ads

One Response to ~soaljawab: menghadapi sembelit kanak-kanak~

  1. siti khatijah mohd usop berkata:

    doktor,

    bayi saya berusia setahun,ketika hendak membuang air besar bayi saya selalu menangis akibat meneran yang amat payah untuk mengeluarkan najis.najis bayi saya keras.saya ada bawa bayi pergi berjumpa doktor kerana duburnya yang bengkak di samping saya menyapu ubat gamat agar cepat sembuh dan mendapatkan nasihat doktor. setelah mendapatkan nasihat doktor supaya menambah serat dan minum air yang banyak tetapi tetap sama.kemudia saya mendapatkan nasihat dari farmasi supaya menyediakan bubur nasi, ini kerana sebelum ini pengasuh saya memberi makan nasi yang di blend bersama sayur.kemudian saya hentikan cara pemakanan nasi blend dan memberi makan nestum dalam nestum seminggu saya memberi makan nestum dan bubur bayi saya berak tidak keras tetapi najisnya cair.tetapi pada hari sabtu lepas 3/7/10 bayi saya berak keras dan berdarah ini kerana pada hari sebelumnya bayi saya tidak mahu makan bubur dan saya telah memberi makan biskut sayur.kenapa doktor semua ini terjadi?ianya amat merisaukan saya dan suami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: