~bersalin melalui caesarean~

KADANGKALA anda tidak boleh melahirkan anak secara biasa dan terpaksa melalui pembedahan di abdomen dan seterusnya di rahim untuk melahirkan bayi yang dikandung.

Prosedur ini dipanggil pembedahan caesarean. Apa yang penting, anda sihat dan anak selamat.

Mengapa anda dibedah?

Ada ibu yang merayu supaya dibedah. Ini merupakan satu isu dan keputusannya sangat rumit dan memerlukan perbincangan serta pertimbangan terperinci.

Kalau demikian niat anda, berbincanglah dahulu dengan doktor anda.

“Biasanya, keputusan pembedahan dibuat setelah anda berada di bilik bersalin menjalani proses kelahiran tetapi gagal disebabkan oleh kepelbagaian faktor yang akan diterangkan oleh doktor pakar perbidanan.

“Ada juga ibu-ibu yang memang dijadualkan secara elektif untuk kelahiran melalui pembedahan disebabkan oleh faktor-faktor lampau,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Lain-lain faktor yang diambil kira termasuklah permasalahan perubatan semasa dan juga mungkin kerana wujudnya masalah-masalah obstetriks (perbidanan) yang menghalang kelahiran normal.

* Mengandung kembar/berganda – ramai ibu yang mengandung anak kembar dua melahirkan anak secara normal. Bagaimanapun, ada segelintir yang memerlukan pembedahan – bergantung bilangan janin dikandung.

Jika lebih ramai maka kebarangkalian untuk dibedah bertambah tinggi. Kedudukan janin turut mempengaruhi cara kelahiran.

* Proses kelahiran terbantut

Berjam-jam lamanya anda di bilik bersalin namun kemajuan pendilatan (pembesaran organ berongga) pangkal rahim tidak berlaku, walaupun ubat diberikan untuk menguatkan kontraksi (pengecutan) .

* Masalah pada janin dikandung

Bayi dikandung mungkin mengalami masalah di dalam rahim, bekalan oksigen tergendala, mungkin tali pusatnya terhimpit, terpulas dan sebagainya mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun.

Ini dikesan melalui pemerhatian elektronik ultrasound yang dipasang pada abdomen puan. Seterusnya, keputusan pembedahan dibuat.

* Masalah uri

“Uri mungkin berada di bawah (previa plasenta) yang menghalang bayi dari keluar. Satu lagi masalah, apabila uri terpisah dari dinding rahim dikenali sebagai placenta abruption.

“Pendarahan yang banyak berlaku, pengaliran darah serta oksigen kepada bayi terbantut, kematian boleh berlaku,” jelas Dr. Shah Reza.

* Sejarah kelahiran pembedahan lampau

Sekiranya anda sudah pun dua kali dibedah, kelahiran kali ini mestilah juga melalui pembedahan.

Seandainya sejarah hanya sekali sahaja, keputusan kali ini bergantung banyak pada kejadian semasa pembedahan lampau.

Contohnya, jika pemotongan pada rahim bukannya di segmen bawah secara melintang, bermakna anda tidak boleh di cuba untuk kelahiran melalui faraj.

* Kemungkinan lain seperti saiz bayi yang besar secara relatif dibandingkan dengan tulang pinggul, kedudukan bayi songsang dan infeksi pada ibu seperti herpes genitalia (inflamasi kulit pada alat kelamin) yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran.

Prosedur pembedahan

Dr. Shah Reza berkata, kebiasaannya di hospital, bilik bedah merupakan satu kawasan larangan.

Suami tidak digalakkan atau mungkin tidak dibenarkan berada di bilik bedah di samping isteri semasa pembedahan dijalankan.

“Jenis pembiusan mungkin secara setempat (anda sedar sepanjang pembedahan), mungkin juga pembiusan menyeluruh (anda tidur sepanjang tatacara).

“Ini bergantung kepada penilaian doktor pakar bius. Kadangkala pembedahan dilakukan kerana kecemasan, jadi tidak sempat persediaan dilakukan seperti pembedahan-pembedah an elektif yang lain.

Persediaan

“Jururawat akan menyediakan anda bagi tujuan pembedahan, ubat diberikan untuk mengurangkan keasidan di dalam perut.

“Anda dikhuatiri akan muntah dan termasuk ke dalam sistem pernafasan yang boleh memudaratkan kesihatan selanjutnya, ” kata Dr. Shah Reza.

Bahagian untuk dibedah akan dicuci, bulu roma yang lebih akan dicukurkan. Tiub kateter akan dimasukkan ke dalam uretra (saluran air kencing) untuk mengosongkan pundi kencing.

Ia boleh mengurangkan insiden trauma pada pundi kencing semasa pembedahan. Ia juga sebagai pengawasan sistem perkumuhan buah pinggang.

Jarum dimasukkan ke sistem pembuluh vena di tangan untuk dimasukkan dengan cecair gantian seperti darah dan juga portal untuk ubat-ubat ke dalam badan anda, semasa dan selepas pembedahan.

Jenis-jenis pembiusan

Ia bertujuan menghilangkan kesakitan serta menenangkan anda semasa prosedur. Pembiusan, kata Dr. Shah Reza, mungkin secara menyeluruh dan juga berbentuk setempat seperti pembiusan epidural ataupun spinal, di mana anda akan sedar sepanjang prosedur.

“Doktor pakar bius akan berbincang dengan anda mengenai jenis-jenis pembiusan yang selamat untuk anda, bergantung sama ada pembedahan tersebut jenis kecemasan ataupun secara elektif. “Yang penting kesihatan puan semasa serta keadaan bayi diutamakan,’ ‘ kata beliau.

Kelahiran

Insisi dilakukan pada kulit dan tisu-tisu di abdomen.

“Lazimnya di Malaysia, insisi (torehan) di kulit dilakukan secara melintang. Otot-otot abdomen tidak dipotong.

“Insisi pada rahim juga secara melintang, ini mengurangkan pendarahan dan penyembuhannya bagus.”

Bayi akan dikeluarkan melalui insisi yang dibuat. Uri juga dikeluarkan melalui cara yang sama. Untuk kulit, jahitan dibuat, kadangkala stapel digunakan (mahal).

Komplikasi

Sebagaimana pembedahan yang lain, kelahiran melalui pembedahan juga berisiko. Bagaimanapun, risiko jarang berlaku dan ditangani dengan cepat serta berkesan.

Antara risiko-risikonya adalah:

* Infeksi boleh berlaku di rahim, tisu-tisu dalaman dan juga di kulit
* darah boleh hilang dengan pantas dan banyak, memerlukan transfusi (pemindahan) darah
* Insiden ketulan serta pembekuan darah berlaku di pelvis, paru-paru serta di bahagian kaki
* Usus dan pundi kencing juga boleh tercedera
* Reaksi pada ubat-ubat serta pembiusan yang diberikan.

Selepas pembedahan

Kata Dr. Shah Reza, sekiranya pembiusan diberikan dari jenis setempat, anda boleh memegang si bayi selepas pembedahan manakala pembiusan menyeluruh memerlukan masa untuk sedar.

Anda akan dihantar ke bilik pemulihan pembiusan, petanda seperti tekanan darah, nadi, kandungan oksigen dan lain-lain parameter akan dipantau rapat sehingga kesemuanya stabil, sebelum anda dihantar ke wad.

Penyusuan dada digalakkan walaupun baru dibedah. Lazimnya, ubat-ubatan yang diberikan adalah selamat untuk penyusuan dada.

Anda mungkin berada di wad selama tiga, empat hari. Pengawasan lanjut diteruskan walaupun sudah stabil.

Ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain diberikan agar anda selesa dan dapat bergerak seberapa segera.

Kembali ke rumah

Doktor akan membekalkan anda dengan ubat penahan sakit, antibiotik serta vitamin bagi membolehkan penyembuhan berjalan sempurna.

Walau bagaimanapun, anda perlu menjaga kesihatan diri, hadkan aktiviti berat.

Anda juga mungkin mengalami:

* Kekejangan pada bahagian bawah abdomen, terutamanya semasa memberikan susu badan
* Pendarahan dan juga lelehan untuk empat hingga enam minggu
* Pendarahan mungkin dalam bentuk ketulan dan kadangkala kekejangan berlaku semasa ketulan dikeluarkan
* Sakit di bahagian pembedahan.

“Untuk mengelakkan infeksi, jangan masukkan apa-apa cecair, tampon ataupun melakukan hubungan seks untuk beberapa minggu. Seorang suami yang baik seharusnya memahami keadaan isteri sekarang.

“Berikan badan anda masa untuk sembuh sebelum aktiviti-aktiviti lazim. Senaman ringkas yang tidak menyakitkan juga boleh dilakukan,” kata Dr. Shah Reza.

Segeralah berjumpa dengan doktor pakar perbidanan puan sekiranya demam berlaku, pendarahan semakin banyak, sakit yang tidak dapat dilegakan atau mana-mana pengalaman yang sebelum ini tidak pernah anda lalui.

Sumber: Utusan Malaysia

About these ads

40 Responses to ~bersalin melalui caesarean~

  1. sharifah berkata:

    dr,
    boleh ke perut kembali kempis selepas pembedahan bersalin dijalankan? kalau boleh berapa lama dan sekiranya sukar kenapa?

  2. Mamilynz berkata:

    bagaimana pula menjaga wanita2x yg lepas bersalin secara pembedahan?? Apakah makanan dan minuman yg harus diberikan?
    Kerana ini baru pertama kali saya menjaga orang yg lepas pembedahan, Apakah2x langkah2x yg harus saya perhatikan.

  3. Maslinda bt Mohd Isa berkata:

    Kini saya mengandungkan anak yang ke 2…anak sulung saya lahir secara pembedahan kerana kekurangan oksigen dalam perut,kini kandungan saya sudah masuk bln ke 2,sedangkan anak sulung saya baru berusia 9 bulan,adakah saya akan menghadapi sebarang risiko untuk pembedahan kali ke 2?

  4. shafarina mohd najib berkata:

    Saya pernah melahirkan anak melalui kaedah caesarean kerana saya mempunyai uterine didelpys.Soalan saya adakah selepas ini jika saya megandung kali kedua saya perlu kaedah caesarean lagi ataupun boleh melahirkan secara normal

  5. kamilah berkata:

    saya baru bersalin 2 minggu secara ceaserean anak ke 3, perut saya buncit, bagaikan mengandung 4 bulan, ini berlaku selepas bersalin secara ceaserean, bolehkah semasa dalam pantang saya berbekum dan mengurut, bertunku sbagaimana bersalin normal.

  6. fadhila berkata:

    saya baru lepas bersalin caeserean pada minggu lepas disebabkan faktor bayi songsang. Untuk merancang keluarga, berapa tahunkah diperlukan untuk menjarakkan kelahiran?

  7. sofia adawyyah berkata:

    Saya telah melahirkan anak secara pembedahan sebanyak 2 kali. tiadakah cara yang membolehkan melahirkan anak secara normal untuk kelahiran yang ketiga? pernahkah berlaku dalam sejarah perubatan situasi tersebut?

    • roslina akik berkata:

      saya bersalin melalui caesarean.apakah mknan yg tidak boleh dimakan dan berapa lamakah luka dalaman mengambil masa untuk sembuh

    • fazeda berkata:

      iya saya pun mhu telah melahirkan secara pembedahn sebanyk 2 kali..boleh kh yng ke3 ni saya melahirkan secara normal…pls sapa yng ada pengalamn…

      • fazeda berkata:

        saya ingin melahirkan anak secara normal untuk kandungan yang ketiga..tetapi saya telah menjalani pembedah dua kali pada tahun 2010/05/20 dan 2013/04/16…pls sapa ada pengalaman……bolh email kn kat sya pengalamn anda kat frincess_shop@ymail.com

        berharap2 sangat …..

  8. maya berkata:

    saya ingin melahirkan anak secara normal utk kandungan yang ketiga, tetapi telah menjalani 2 kali c-section. Minta pandangan…

  9. Azza berkata:

    DR,pada minggu 30 kehamilan,saya disahkan oleh dr baby saya dalam kedudukan songsang dan air ketuban berkurangan.Bolehkah baby saya berpusing kpd kedudukan normal dan apakah kesan atau risiko kpd kandungan saya jika baby songsang?

  10. ziela berkata:

    saya baru bersalin secara operation 12hari yg lalu..
    saya x tahu mcm mana nak berpantang…
    ada orang kata x blh minum air byk..betul ker?
    bab makan plak..mcm mana? apa yg blh dan apa yg x blh di makan..
    kadang2 saya terasa ngilu dia bahagian operation

  11. Misarah izani binti Mohd Safaf berkata:

    Assalamualaikum…

    Saya ingin bertanya, saya amat bimbang kerana saya melahirkan anak ketiga melalui pembedahan (potongan menegak- kerana sebelum ini saya pernah melalui pembedahan membuang cys pada ovari)kerana tiada bukaan walaupun telah berjam di bilik bersalin. Anak saya baru berumur 10 bulan. dan kini saya mengandung lagi anak ke 4.Anak pertama secara vakum dan anak kedua dilahirkan secara normal Saya berusia 36 tahun. Saya amat bimbang akan risiko kehamilan dan kelahiran anak ini.

    Sekian.

  12. Suhaimah Ahmad berkata:

    Saya baru bersalin secara pembedahan pada bulan Januari yang lalu. Sehingga sekarang masih lagi terasa kebas pada bahagian perut (sebelah atas bahagian yang dibedah). Adakah ini masalah biasa? Untuk tempoh berapa lamakah selalunya akan terasa kebas?

    • lyna berkata:

      salam sy bru melahirkan cara pembedahan juga..sy ad bertanyakan pd doktor tentang rasa kebas di bah atas operation.dok ckp ianya akan terasa kebas dlm tempoh 6 bln paling lama…

  13. sizuka berkata:

    saya baru bersalin secara pembedahan pada bulan januari lalu.jika saya ingin untuk hamil lagi berapa lamakah tempoh untuk luka baik sepenuhnya?

  14. intan berkata:

    Dr,saya berumur 39thn,kini mengandung anak ke 4,kdgan kini 5bln.yg sulung-18,kedua-14,ketiga-8thn,rezeki diusia lanjut tetap kami terima,cuma masalah yg terbaru ini,uri saya kebawah,dan menyebabkan lendir warna coklat,tp alhamdulilah slps 2hari ia kering,doctor memberitahu saya,sekiranya usia kdgnan 7bln masih uri kebawah saya akan di caesar,semua anak saya normal.ingin saya ketahui,adakah uri itu akan naik semula bila kdgn besar dan blh kah berurut?

  15. bazilla berkata:

    Dr.,saya baru melahirkan anak secara ceasar 17hari lalu disebabkan fetal distress-PE.Sehari selepas ceaser,saya melalui 1 lagi pembedahan utk heamatoma.Saya kemudian ditahan lagi di wad kerana wound breakdown selepas 11hari. Kini,saya menyedari terdapat lelehan air bisa dan nanah.Bagaimana utk mengatasi masalah infeksi pada bahagian luka tersebut?

  16. pn. yatie berkata:

    dr,
    saya melahirkan anak pertama saya 36 minggu secara ceaser disebabkan masalah placenta previa II dan air ketuban mengering, sekarang usia kandungan sya pula 7 bulan,bolehkan saya melahirkan secara normal dan adakah masalah yang sama akn berulang lagi.kini anak pertama saya berumur 2 tahun.

  17. aliza berkata:

    salam doktor…

    saya sekarang mangandung ke34 minggu bagi kelahiran anak ke3.
    semasa melahirkan anak sulong, caranya adalah normal… manakala anak ke2 pula melalui ceaser iaitu pada minggu ke36…
    ianya ceaser atas sebab jantung anak pada ketika itu tidak aktif, ditambah pula saya demam suhu 42 dj celcius…
    selepas ceaser, saya dibenarkan pulang ke rumah pd hari ke3…
    soalan saya ialah apakah peluang saya untuk melahirkan anak ketiga ini secara normal??

  18. Salam Doktor,

    Umur saya 30 tahun, anak pertama saya dilahirkan secara operation kerana bayi buang air besar dalam kandungan dan anak kedua dilahirkan juga secara pembedahan kerana telah lebih 12 jam menunggu di bilik bersalin…anak pertama sekarang 3 tahun dan anak kedua 2tahun tak bersalin. soalan saya bolehkan saya mengandung lagi untuk kali ketiga? adakah peluang saya melahirkan anak ketiga secara normal? bolehkah saya melahirkan 3 orang anak lagi? terima kasih doktor…

    • Anies berkata:

      Salam Doktor,

      Harap delete surat saya yg terdahulu. Saya tidak mahnu nama saya penuh saya disiarkan cukuplah nama samaran saje. saya malu dengan masyarakat sekeliling terutama kawan-kawan kalu mereka tahu keadaan saya. Terima kasih banyak. drpd saya: Noor Anies Mahno

  19. bya berkata:

    askum doc..sya bru pas bsalin feb.lalu kaedah bdah gak..mslah sya skrg lau 1 hari nti sya pregnant ,sya bleh bsalin nrmal @ x?lau secara nrmal x skit ke tu masa nak bsalin yg bkas d bdah tu?usia anak dah dkat 8blan tp still rasa skit lg n kebas d bahagian perut,kadang2 pinggang slalu skit…please help me doc..

  20. noraliza berkata:

    saya bersalin secara ceacerean,,3kali,dan rahim saya dah diikat…sekrg umur saya 43thn..jika saya ingin lagi mengandung..ada x cara2nya..

  21. ida berkata:

    saya nak bertanya,sebelumni saya telah melahirkan anak secara pembedahan emergency kerana air ketuban mkin sedikit.bayi saya ketika dilahirkan baru 34mggu.sekarang sy sudah 2thn tidak melahirkan lg ank.tempoh bg mgndung untuk yg caesarean 2thn rasenye.anak sy pula bru 1thn mnggl dunia dsebabkan demam pns tibe2 dan sawan.doktor tidak dpt mengenal pasti penyakit tersebut.adakah ia berkaitan dengan diri sy atau pun sebab ape dan adakah jika sy bersalin kali ke 2 memg kene bedah atau pun normal.terima kasih

  22. nureen berkata:

    assalamualikum doc..
    skrg saya sedang mengandung ank ke 3(16 minggu)..ank 1 (normal) 3 thn ,ank ke 2 (normal)1 thn 8 bulan ..masalah sya skrg..doktor yang tempat saya checkup bgtahu uri saya rendah..adakah uri saya akan ok balik..doktor nasihat kan saya supaya jgn buat keje berat.utk elakkan pendarahan msa mengandung..adakah saya kena operate tuk ank ke 3 ni dok..mohon segera reply.salam

  23. Siti HjR Abdul Razak berkata:

    Saya mempunyai 2 org anak,saya bersalin dengan kaedah pembedahan,2006 dan 2010,setelah 2 kali saya melalui kaedah pembedahan bagi tujuan bersalin,kandungan no 3 nanti boleh kah saya meminta untuk dibedah lg?saya trauma pada sakit kontraksi anak pertama,saya menahan sakit pada tempoh yg panjang,pintu rahim saya tak terbuka,Sebelum kelahiran anak saya yg ke dua,sedikit lebih kurang masalahnya dgn kelahiran anak n0 1,saya dibedah lg,dan untuk kelahiran ke 3,saya tidak dipaksa untuk bersalin secara normalkan?saya nak dibedah lg,boleh ke doktor?saya bersalin kedua-dua anak saya di hospital kerajaan

  24. eija berkata:

    sy bakal melahirkn anak yg ke 3,anak pertama dan kedua bersalin secara pembedahan dan ini utk ke 3 kalinye sy bersalin secara pembedahan..sy dinasihatkn oleh doktor supaya di ikat selepas bersalin nanti..sy nk tahu apa risiko selepas diikat?dan dlm tempoh berapa lame ikatan tu dlm rahim sy?

    • wanny berkata:

      sy pun dh 2 kali dibedah. anak sulung bersalin normal. ke2 & ke3 operate coz mslh anak padahal jalan dh terbuka 6 cm. slps bersalin anak ke 3, doktor nasihatkan sy utk berehat lama coz sy bersalin rapat2. dn doc maklumkan skrg bersalin scr pembedahan boleh sbnyk 4 kali tp utk kali ke 4 kena tgk parut luka sama ada elok @ x. lps tu kena ikat. bila dh ikat mmg dh x blh buka, bermakna kita dh xblh mengandung lagi. jd kalo nak ikat, pikir la betul2, kot2 la teringin mengandung utk kali ke 4.

  25. siti berkata:

    salam dr, saya berumur 37 tahun dan mempunyai 4 cahayamata dan semuanya dilahirkan secara pembedahan. doktor telah pun mengikat peranakkan saya. anak saya yg bongsu sudahpun berumur 4 tahun. bolehkan saya melahirkan lagi anak atau ada kaedah lain seperti membuka semula peranakkan saya. apakah risiko yg bakal sy hadapi?

    • Jay berkata:

      Hi Kak siti,
      Komen anda amat memberi semangat kepada saya. Saya amat berharap dapat menghubungi anda untuk berkongsi pengalaman. Saya mempunyai 2 cahayamata, keduanya dilahirkan secara pembedahan 2003 & 2011. Saya baru Sahaja disahkan mengandung 5 minggu anak yg ke 3.

      Jay

  26. mohd sofian ahmad berkata:

    saya adalah suami kepada isteri saya yang sangat menyesal kerana kehilangan anak yg dikandung selama 9 bulan. soalan saya adalah seperti berikut: apabila pihak doktor telah meminta saya menandatangani kebenaran untuk isteri saya bersalin secara pembedahan, adakah pihak doktor perlu tunggu lagi atau terus buat membuat persiapan untuk pembedahan.\?

  27. lin berkata:

    saya 2kali bersalin secara operate .Anak pertama songsang yang kedua masalah jantung baby lemah jalan dah buka 5cm ikutkan doktor yang jaga saya nak tunggu sampai cm buka habis tapi bila doktor pakar check dia marah semua doktor yang check saya masa tu…. dia suruh dorang cepat2 buat operate takut apa2 jadi.DorNG pon SEMUA KELAM KABUT pasal kena marah. time tu saya dah sakit sangat2.rasa trauma pun ada…

  28. ibunasrul berkata:

    dr,
    saya bersalin scra ceaser coz ank sya distress dn BBY sya pra mtng. msa berpntng sya x bengkung n tungku. now dh 3buln..prt nmpk bncit …mcm ner yek

  29. mas berkata:

    doktor..

    saya da tiga kali czer, dan saya berhasrat ingin mengandung untuk yang keempat kali. nurse menasihatkan suruh jarak 4 tahun. apa risiko yang berkemungkinan berlaku., takut sebenarnya…

    • Jay berkata:

      Hi admin/ Mas,

      Saya nak sangat berkongsi pengalaman melahirkan anak ketiga secara pembedahan, saya mengandung anak ketiga Dan anak sulung Dan kedua bersalin secara pembedahan. Tolong hubungi saya.

      Jay.

  30. CIKGU berkata:

    salam. sy ibu berusia 34 thn, anak 1 & 2 normal. anak 3,4,5 secara ceaser..alhamdulillah doc yg merawat sy masih mberi peluang utk ceaser kali ke4…slps ceaser pangkal paha sgt sakit walaupun tlh mkn pain killer…dan jika sy ingin mengandung lg dlm tempoh bb berusia 5-6 bln adakah berisiko tinggi?

  31. cheeky berkata:

    Doc saya telah caeserean pada Disember 2011, so dah setahun perut saya still buncit lagi bagaiamanakah caranya saya dapat mengurangkan buncit tersebut. Dan bolehkah saya bertungku setelah anak mencapai usia setahun.

  32. Hi to every body, it’s my first pay a quick visit of this blog; this website includes amazing and genuinely fine material in support of visitors.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: