~bayi mati dalam kandungan~

KEMATIAN bayi di dalam kandungan atau `lahir mati' merupakan satu mimpi sedih bagi sesebuah keluarga khususnya ibu itu sendiri.

Segala impian untuk menimang cahaya mata, mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Selepas mengandung melebihi 22 minggu bayi mati dalam kandungan.

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan, peluang untuk mendapatkan anak masih ada.

Sebagai melengkapkan pengetahuan bagi ibu bapa dan ikhtiar untuk memastikan kandungan akan datang dapat dilahirkan dengan selamatnya, segmen Kesihatan mendapatkan pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Dr. Jamiyah memberitahu, “Bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya, kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi itu. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematian masih tidak diketahui.''

Malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir.

“Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.''

Namun, kes-kes yang tidak diketahui puncanya hanya melibatkan peratusan yang kecil.

“Permintaan dan nasihat saya, janganlah berputus asa sebaliknya positif bagi mendapatkan kandungan yang kedua dan seterusnya. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat,'' ujar Dr. Jamiyah.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini?

Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan.

Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.

Keguguran atau `keguguran spontan' pula adalah `kehilangan' kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui.

Tanda & simptom keadaan lahir mati

* Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang

* Rahim tidak membesar melewati masa

* Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.

Antara punca-puncanya

* Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes

* Masalah uri atau tali pusat. Uri dan tali pusat yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu

Kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu awal ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat (vasa praevia) dan uri

* Trauma atau kecederaan yang dialami di bahagian abdomen/perut ibu

* Tekanan darah tinggi yang dialami ibu, (kemungkinan ada atau tiada kaitannya dengan kehamilan)

* Diabetes

* Kecacatan struktur bayi yang melibatkan paru-paru, jantung, otak dan buah pinggang.

Masalah kromosom yang tidak normal adalah sebab paling utama yang menyebabkan kematian janin di peringkat awal. Ia merangkumi lebih daripada 50 peratus punca keguguran spontan.

* Ibu mengalami gangguan autoimun, suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri.

Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada kes lahir mati ini. Namun 10 peratus kes-kes lahir mati ini tidak diketahui puncanya.

Apakah yang patut dilakukan bagi mengelak insiden lahir mati?

* Mengawal itu kadangkala boleh dilakukan dengan mengelak daripada faktor-faktor berisiko semasa mengandung

* Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati

* Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian

* Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis

* Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit

* Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.

Dr. Jamiyah berkata, lazimnya punca-punca ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kecacatan semula jadi bayi, masalah uri dan tali pusat serta keadaan ibu berpenyakit yang boleh menjejaskan kehamilan.

Kecacatan adalah punca biasa namun sering kali terlepas pandang, seperti kes-kes bayi meninggal dalam kandungan ini.

Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi.

Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan.

Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa' bayi. Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi.

Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan' sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang' sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini.

Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan.

Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.

Apa yang jelas, ujar Dr. Jamiyah, terdapat beberapa punca luar biasa lain yang menyumbang kepada kematian bayi dalam kandungan ini.

Beliau juga memberitahu, bayi yang dilahirkan lahir mati ini berhak mendapat sijil kematian dan dikebumikan oleh keluarga tersayang.

Melahirkan bayi lahir mati

Dr. Jamiyah menambah, ibu dan bapa berhak menentukan bilakah bayi itu patut dilahirkan walaupun ia sudah meninggal di dalam perut ibu.

Bagi seseorang ibu yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan, keputusan untuk mengeluarkan bayi itu bergantung kepada ibu bapa bayi berkenaan untuk satu tempoh yang dianggarkan.

Bagi pihak doktor, apa yang dapat dilakukan ialah memberi pandangan dari pelbagai sudut, buruk dan baiknya melahirkan bayi itu serta cepat atau lambat.

Ibu boleh membuat pilihan sama ada untuk menanti waktu kelahiran secara semula jadi atau merangsang kelahiran secara paksa.

“Bukan semua yang mahu menanti saat kelahiran normal itu sedangkan bayinya sudah meninggal. Kita faham akan keadaan ini.

“Cuma kita hanya memberi pandangan dari sudut kesihatan dengan memberi sedikit masa sambil mengawasi kesihatan ibu. Itu pun kalau ibu atau keluarganya bersetuju. Keputusan dibuat oleh ibu atau keluarganya sendiri,'' katanya.

Tidak salah jika seseorang ibu itu ingin menunggu kelahiran secara semula jadi tanpa paksaan. Walau bagaimanapun ada kalanya ia boleh melibatkan masa yang agak lama.

Jika ia melebihi empat minggu daripada tarikh bayi itu meninggal di dalam rahim, keadaan ibu harus diawasi agar masalah lain tidak timbul.

Dr. Jamiyah menambah, jika rangsangan atau paksaan bagi melahirkan bayi itu dilakukan, ia harus dilaksanakan dengan teliti kerana ia boleh melibatkan komplikasi kerana rahim belum bersedia untuk proses kelahiran.

Pintu rahim selalunya diperiksa untuk memastikan ia bersedia untuk proses kelahiran. Ini boleh memakan masa beberapa jam dan kadangkala melebihi 24 jam.

Ini adalah untuk memastikan risiko terhadap ibu di tahap yang rendah. Jika rahim dipaksa secara terus-menerus, ia boleh mengakibatkan rahim itu koyak dan memudaratkan ibu.

Maka sebab itulah, pihak doktor akan meneliti kes itu secara teliti sekiranya ibu sudah bersedia bersalin atau jika ia memerlukan rangsangan, ia dilakukan dengan teliti.

Ibu boleh melahirkan bayi itu secara normal selepas diberi bantuan yang secukupnya atau apabila sudah ada rasa untuk bersalin.

Bagaimanapun sekiranya terdapat komplikasi lain, doktor akan mencadangkan pembedahan Caesarean demi menyelamatkan ibu.

“Tugas kami adalah untuk menyelamatkan ibu dan inilah keutamaannya,'' ujar Dr. Jamiyah berulang kali.

Sokongan suami dan keluarga

Beliau menegaskan, di kala isteri melalui saat-saat yang menyedihkan seperti ini, suami atau bapa serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan moral kepada isteri atau ibu.

“Kemurungan dan kesedihan boleh terjadi dan menjejaskan kesihatan isteri dan ini hendaklah dielakkan,'' jelas Dr. Jamiyah lagi.

Menyedari hakikat ini, pihaknya merancang menubuhkan kumpulan sokongan untuk membantu ibu-ibu yang melalui pengalaman sedih atas kehilangan bayi.

Bagaimanapun menurut Dr. Jamiyah, sekiranya ibu itu sudah sihat semula, maknanya dia sudah bersedia untuk mengandung lagi dan melahirkan anak yang normal asalkan dia menjaga kesihatannya.

Pihak doktor pula mengawasi kesihatan ibu dan ibu hendaklah datang berjumpa doktor secara berkala lebih-lebih lagi mendapati bayinya tidak bergerak lagi.

Tidak ada istilah `bayi tidur' sepanjang masa sewaktu kehamilan lebih-lebih lagi jika bayi itu sudah besar.

Walaupun bayi yang melebihi tujuh bulan mempunyai ruang yang terhad untuk pergerakan tetapi ia mesti bergerak seperti biasa.

Cuma kekuatan tendangan akan berkurangan kerana ia sudah membesar dan memenuhi hampir seluruh ruang rahim.

“Bayi yang normal akan bergerak lebih daripada 10 kali dalam masa 12 jam sehari. Bayi akan tidur di dalam kandungan tetapi tidak sepanjang masa.''

Dr. Jamiyah juga menyarankan bakal ibu atau ibu menghadiri kelas-kelas untuk ibu hamil, bagi mendapatkan maklumat bukan sahaja mengenai kelahiran, penyusuan ibu malah lain-lain yang ada kaitannya dengan ibu dan anak.

“Kepada suami, berilah semangat dan kasih sayang terhadap isteri di samping anda sendiri juga perlu tabah dan berfikiran positif,'' kata Dr. Jamiyah di akhir pertemuan itu.

Sumber:Utusan Malaysia

About these ads

13 Responses to ~bayi mati dalam kandungan~

  1. PURWONO berkata:

    Saya ingin bertanya, apa kiranya penyebab kematian bayi pada umur sembilan bulan, sedangkan kondisi ibu sehat, seperti tekanan darah normal, gula darah ibu normal, juga hb, normal, juga detak jantung bayi normal

  2. ARINA IRWANI berkata:

    Saya pernah mengalami pengalaman melahirkan bayi yang sudah meninggal dalam kandungan. Kandungan saya ketika itu masuk 7 bulan. Memang menyedihkan mempunyai pengalaman sebegini namun yang berlaku tetap berlaku dan berlalu. Ia merupakan kandungan yang kedua. Saya sudah mempunyai seorang lelaki. genap umur yang sulung 1 tahun saya melahirkan adiknya yang berusia 7 bulan dlm kandungan. 2 hari dia kurang bergerak. Masuk hari ke-3, dia terus senyap. Saya dan suami terus ke hosital. Namun kami terlambat. dia dah pergi. 3 pakar O&G mengesahkan kematian dia. hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Di tambah lagi apabila doktor mengatakan dia adalah bayi perempuan. Terasa gugur jantung. Tetapi saya masih ada pengubat…anak yang sulung seakan mengerti pemergian adiknya. Seminggu dia merengek dan mengamuk. Kini sudah 3 tahun berlalu. Yang sulung pun sudah 4 tahun. Saya merancang untuk hamil kembali. Doakan semoga semuanya selamat….

  3. LEE LAN YING berkata:

    Sekarang saya mengalami kesedihan melahir anak yang mati dalam kandungan. Selama 29 minggu apabila saya dapat bayi saya kurang gerak sudah lambat, ini anak yang kedua saya setelah menanti selama 7 tahun selepas anak sulung saya dilahir. Perasaan saya tiada orang akan memahami.

  4. ashra berkata:

    saya juga mengalami yang sama.pada usia 7bulan,baby meninggal dalam kandungan.
    malah saya hadapi komplikasi tuk melahirkan baby ini.sedaya nya cuba tuk melalui normal tanpa pembedahan atas nasihat doc.
    lama baby dalam kandungan ini wpun nyawa nye telah tiada..hampir2 dua minggu.

    leh ikuti kisah saya,

    http://ashra-aulia.blogspot.com/search/label/Pregnancy

  5. mo2i berkata:

    mau tanya,apa kandungan kecil juga tanda2 bayi sudh mati? tkt ni……

  6. Emir Rayyan berkata:

    Kematian anak dalam kandungan berusia 6bulan amat menyentap hati dan perasaan saya dikala kelahiran yang amat dinantikan selepas 2 tahun berkahwin apatah lagi anak yang ditunggu ini merupakan anak pertama saya..kehilangan ini dikala orang lain bergembira menyambut aidilfitri..kurang gerakan anak membawa saya berjumpa doktor..selepas 3 orang mengesahkan tiada lagi dengupan jantung bayi saya redho..berada 3ari dlm labour room tetapi jg bersalin menambahkan lagi kesedihan saya..selepas 4 hari di hospital saya minta untuk keluar selepas 3 hari saya datang semula..akhirnya dengan izin Allah saya melahirkan anak lelaki..doakan saya dikurniakan lagi rezeki ya…

  7. ainee mastura berkata:

    saya jg mengalami pengalaman yang sama..baby dah 37 weeks++ dh time 2….baby kurang gerak lpas 4 ari sy appointment dgn doc utk scan..masa scan doc ckp sume ok..baby,jntung,uri & air ketuban sume ok…
    bile smpi 8 baby still x cukup 10x gerak, sy n asben terus ke hospital utk check doc..masa scan doc tnjuk yg jntung baby sgt lemah dan sy dirujuk ke hospital len..namun Allah lebih sygkn die..stelah 3 org doc mengesahkn yg denyutan jantung anak sy sudah tiada..
    hanya Allah je yg tau perasaan sy waktu 2..tambah plak anak sulung..hanya tggu masa sje utk dilahirkan..tp sy redha dgn pmergiannya…alhamdulillah sy dapat melahirkan bayi perempuan scara normal..wlpn kelahirannya tidak diiringi dgn suara tangisan spt bayi lain…mudah2an sy & suami dikurniakan rezeki lg selepas nie..

  8. Sh Intan berkata:

    saya baru 7 hari bersalin…..
    pada 7hb….doc..mnegesahkan baby dlm kandungan saya sudah meninggal dunia.. masa tu 32 w….tuhan aje yang tahu….pada 8hb saya selamat bersalin bby boy…..dan dikebumikan pada 9hb……semoga ada khidmah disebaliknya…….
    nak tanya………bila masa terdekat kita boleh mengandung semula…..?

    • ainee mastura berkata:

      Sh Intan…saya dinasihatkan doktor berehat dulu selama 6bulan sebelum hamil semula..

      • sh intan berkata:

        ainee…..selamat hari raya………saya dah mengandung 14 weeks……… awak mcm mana..? hope ada berita gembira…….sama2 lah kita berdoa……….

  9. Yaz berkata:

    As-salam..saya skrg hamil 20 mggu..sy mengalami demam-selsema-batok dlm masa seminggu..adakah cenderung bayi saya mengalami kesan2 sampingan disebabkan saya sakit?

  10. Luke berkata:

    I’m extremely inspired together with your writing skills and also with the structure to your blog. Is that this a paid topic or did you modify it yourself? Either way keep up the excellent quality writing, it’s uncommon to see a nice blog like this one these days.
    .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: