~kreativiti hias bilik tidur anak~

Ibu bapa perlu mengenal pasti bilik bersesuaian sebelum memilih perabot dan kelengkapan perlu untuk anak mereka

IBU BAPA yang pertama kali menimang bayi tentunya ghairah merancang bilik yang selesa dan cantik untuk cahaya mata mereka.

 

Mengenal pasti bilik bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak penting sebelum memilih perabot yang bakal dimuatkan dalam bilik berkenaan.

Sebelum itu, mereka mesti pastikan bilik bayi berhampiran bilik utama supaya tidak mengganggu ahli keluarga lain jika anak menangis.

Ketika menghias bilik tidur bayi pula, ibu bapa perlu berfikir panjang sama ada bilik yang sama akan digunakan dalam tempoh lama atau kekal sebagai bilik tidur bayi.

Antara kelengkapan dan perhiasan tambahan sebagai peneman bilik tidur bayi selain katil dan almari pakaian ialah patung, buku cerita, peti mainan, lukisan berbingkai, meja dan kerusi serta tong sampah.

Selain pemilihan bilik dan perabot dan kelengkapan, bilik bayi yang sempurna ialah yang mempunyai sistem pengudaraan semula jadi yang mencukupi. Ini bermakna, suasana bilik tidak bergantung kepada cahaya lampu atau sistem pengudaraan daripada kipas dan alat penghawa dingin semata-mata.

Pada peringkat awal, ibu bapa tidak perlu terlalu cerewet memilih warna atau perabot yang terlalu padat. Cukup sekadar menghiasinya dengan warna asas yang lembut.


Bagi mewujudkan kelainan, disarankan supaya menggabungkan warna merah jambu dan biru laut yang sudah menjadi warna pengenalan bagi bayi lelaki dan perempuan.

Jika bercadang menggunakan kertas dinding yang bermotifkan alam semula jadi termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau watak kartun, pastikan coraknya sesuai dengan peringkat usia bayi.

Bagi bilik kanak-kanak berusia empat tahun ke atas, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah keselamatan kerana mereka sedang melalui proses pembelajaran. Bilik mereka biasanya dijadikan tempat bermain dan belajar selain tempat tidur.

Justeru, tidak perlu diletakkan perabot mahal atau berjenama, memadai dengan yang berharga sederhana tetapi kukuh dan lasak.

Pengarah Urusan Medium Design Associate, Muzzammil Muhamad, berkata perabot di bilik bayi biarlah daripada jenis boleh ubah suai untuk jangka masa panjang kerana bayi cepat membesar, manakala bagi kanak-kanak sediakan ukuran perabot yang sesuai dengan usia mereka dan kegiatan yang dilakukan.

“Jika kanak-kanak lasak, pastikan kelengkapan dipilih teguh, tahan lama dan dapat menampung berat badan mereka bagi mengelakkan cedera jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

“Bagi ibu bapa yang mempunyai bajet yang rendah tetapi ingin menghias bilik bayi mereka pula, tidak perlu risau kerana di pasaran sekarang banyak perabot dan peralatan yang boleh suai dan padan. Apa yang penting adalah kreativiti,” katanya.

About these ads

8 Responses to ~kreativiti hias bilik tidur anak~

  1. ixora berkata:

    saya repoter from majalah kanak-kanak. saya sedang mencari bilik kanak-kanak yang mempunyai hiasan menarik untuk dimuatkan dalam majalah. jika kalian tahu, boleh tak berikan saya no telefon dan alamat rumah tersebut. nanti bolehlah saya membuat temujanji dan interview pemiliknya. segala kerjasama di dahului dengan ucapan terima kasih.

  2. adeha berkata:

    saya juga asedang mencari model tempat tidur lucu u/anak perempuan saya 2 thn. Kaloada yg punya gambar2 lucu bisa japri saya
    Terima kasih

  3. ROSNIZA BINTI AHMAD berkata:

    Dear All,
    saya ingin menghias bilik anak perempuan saya, tetapi saya masih tercari-cari warna dan kelengkapan yang sesuai untuk biliknya.

    b/rgds,
    rose

  4. I am really loving the theme/design of your weblog.

    Do you ever run into any browser compatibility problems?
    A number of my blog audience have complained about my
    site not operating correctly in Explorer but looks great in Chrome.
    Do you have any suggestions to help fix this issue?

  5. I pay a quick visit day-to-day some web sites and websites to read
    articles or reviews, but this web site offers quality based writing.

  6. Someone necessarily help to make significantly posts I’d state. This is the very first time I frequented your web page and to this point? I amazed with the analysis you made to create this particular submit amazing. Wonderful activity!

  7. Undeniably imagine that which you stated. Your favorite reason seemed to be on the web the simplest factor to understand of.
    I say to you, I definitely get annoyed even as
    folks consider issues that they plainly don’t recognise about. You controlled to hit the nail upon the highest and also outlined out the entire thing with no need side-effects , folks could take a signal. Will probably be again to get more. Thank you

  8. click for more berkata:

    When I initially commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a
    comment is added I get four e-mails with the same comment.
    Is there any way you can remove me from that service? Many thanks!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: